Kekurangan tapi dicukupkan, kesusahan tapi diberi damai sejahtera

Kebaikan Tuhan itu sentiasa. Walau dalam situasi apapun, dalam kita susah, binggung atau apapun yang kita hadapi.

Cerita kali ini berkaitan dengan kebaikan Tuhan yang baru-baru saya alami.
Hujung minggu yang lalu, saya pergi ke KK untuk berjalan-jalan ke rumah igu Jaq.
Dengan hanya memiliki duit sebanyak 30 ringgit. Tambang ke KK rm15. Lepastu lama nda makan KFC bah, skali limpas kfc, masuk la dalam. Lepastu tingu keminatan hati, beli set yang harga rm9 lebih jadi ada baki dalam rm 5 gitu. Tambang ke manggatal dalam rm 3 ada baki dalam rm2. Rm 2 itu saya guna untuk persembahan masa di cuc. Jadi akhirnya habis duit sa. Dalam bank pun kosong. Jadi apabila igu jaq hantar pigi apot, ni kali dia teda bagi duit sebab banyak komitmen drg mau bayar. Jadi akhirnya sa msj si abg. Kalau ada dia kirim duit. Dia ckp line wifi x bagus yang ertinya tidak dapat kirim duit.

Jadi saya pun jalan pigi bank. Tapi dalam perjalanan sampa trafic light tiba-tiba ada pelancong tahan sa, lepastu cakap, "are you a local people? can you talk to the driver for me?. Sa pun yes yes sajala. Jadi sa pun becakap sama tu driver. Susa juga mau berkomunikasi. Haha. Tapi keluar juga sa punya ingilis sikit-sikit la.

Lepas tolong tu pelancong, sa pun duduk di tempat duduk yang depan gaya street. Lepastu befikir macamana sa mau balik keningau dengan duit yang kosong, Tapi sa sedar yang selagi ada Tuhan, selagi tu sa tidak perlu risau.  Akhirnya sa mesej si Vick. Minta bantuan. Sa minta kirim 20, dia kirim rm 50. Haha. Sa bersyukur sa ada kawan yang boleh bantu sa masa saya dalam susah. Akhirnya sa pun boleh balik keningau. Haha. Sahabat yg blh handle sa dari dekat, yang tau the real me tapi tetap memilih untuk bersahabat dengan saya.

Pertolongan Tuhan itu ada pelbagai jenis. Kadang-kadang org akan bagi kt duit, kadang-kadang kita juga perlu bertindak untuk bertanya dengan kawan yang ada di fikiran kita. Tidak semua org mau bantu kita apalagi dalam hal kewangan.

Lepastu hari ini Isnin 1/8/2016.
Hari ini sa pigi buat cermin kereta kancil lepastu kasi bagus tayar.
Syukur saya berdoa sebelum melakukan urusan sebab sepanjang sa mengurus semua urusan, semuanya berjalan dengan aman dan damai sejahtera.  Bayaran cermin akhirnya hanya 80ringgit yang pada mulanya dianggarkan sebanyak 100. Lepastu tayar juga dapat dibaiki secara free sebab kesilapan yang pasang dulu. Sa bersyukur. Jadi sa dapat bayar balik duit si vick dan ada baki lagi duit untuk beberapa hari sebelum elaun masuk. Tapi tidak apa, Bapa di syurga kan kaya. Tuhan mencukupkan keperluan.

Hari ini juga pertama kali sa pigi beli part kereta di kedai. Yang di kaunter pun sanyum-sanyum saja tingu sa blur-blur kali. Tapi yang penting pengalaman.

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life