Posts

Showing posts from 2017

Happy Birthday to Me ! :D #1911

Selamat ulangtahun ke-24 kepada diriku. Masih muda baa.. baru 24tahun. Haha! Syukur kepada Tuhan Yesus yang memberikan saya nafas hidup sehingga pada hari ini... kerana saya sedar bila-bila masa saja Tuhan boleh ambil nafas hidup kita. Sebab itu saya slalu bersyukur Tuhan masih memberikan peluang untuk berada di dunia ini. Terima kasih kepada bapa dan mama saya yang selalu sabar dengan saya. Satu perkara yang saya bersyukur ialah dgn kejajalan sa yg teramat jajal.. durang tidak pernah putus asa terhadap sa, tetap mendoakan sa.. dan sa kira bahawa Tuhan mendengar doa mereka dan sa akhirnya tidak jajal lagi. Haha. Terima kasih untuk adik beradik yang hebat. Abg didu yang sentiasa sabar dengan adiknya yang slalu minta duit ni (dulu la masa di ipg.haha). Kici yg slalu kc pinjam bajunya yg lawa2 dan Earl yg slalu kana suru2 di ruma. haha Juga saya berterima kasih kepada semua yang pernah menolong saya. Keluarga-keluarga angkat. Kakak2 abang2 adik2 angkat. Semua yang pernah menolong s

Jenny Williams, A Modern Day Ruth, Copyright 2014

I used to feel afraid to let love in... I wanted to be loved by a man, but I was afraid to trust anyone. I put a wall around myself, and I shut out the possibility without even me knowing it. Poppa God has been patient as I have surrendered the key to the door of my heart. I daily lay down my feelings, affections and desires to Him. He has the reins of my heart, so I can be safe and secure knowing I will be steered toward the right field, to the right person and to go in the right direction. My focus is Him alone, not man. It's so peaceful knowing that I don't have to be afraid when love comes again. I love how the saying goes: "Dance with God and He will let the right man cut in." That's what this journey has felt like....a beautiful dance. I'm learning the heartbeat of His love for me. He leads as I lean closely to Him. Getting lost in His love has helped me to be found. ~ Jenny Williams, A Modern Day Ruth, Copyright 2014

Nama yang memikat hatiku. witwiuuu

Image
Haloha. Haha. Siodop. Too many to do tapi siodop. Huhu. Tiapa menulis kejap. HEHE Hari ahad lalu.. kami nyanyi lagu.. Yesus.. Yesus.. nama itu memikat hatiku.. (dibilang tu lagu). Bila sa fikir kembali... Sebelum pun hati kita mengenal Tuhan.. Dia sudah terlebih dahulu mencintai dan mengasihi kita. :) Bayangkan.. sejak kita dalam kandungan Ibu, Dia ada bersama kita. Nafas kita, tubuh kita semua yang ada dalam hidup kita semuanya dari Tuhan. Tuhan memberikan segala yang kita "perlukan" kerana Dia mengasihi kita. Perlukan ah.. bukan kehendak kita. Haha. Masa lagu ini dinyanyikan... " nama itu memikat hatiku ".. terus automatik terkeluar satu nama. Haha. Nama seorang lelaki. Rahsia la mana bulih kasi tau. Tiba tiba saya tersedar Bukan nama ni lelaki yang memikat hati sa dan selama ini saya silap, terlalu memikirkan apa yang bukan musim hidup saya akhirnya menggangu fokus utama saya.. iaitu mengenal Tuhan lebih dalam lagi... huhu .Lepastu dalam

Mengingati yang lalu..

Tiba-tiba ni malam pandai datang itu rindu sama orang-orang dalam hidup saya di masa lalu.. hehe. Memang ada masanya pandai mau rindu sama orang-orang yang pernah ada dalam hidup... Macam baru-baru adik ipar tidak jadi komen di instagram.. trus teulang balik itu perasaan atau situasi duluu-duluu masa masih lagi rapat sebab sa besinta gia sama abang dia. Haha. Tapi itula bah.. biasalah kehidupan.. orang tidak akan selamanya tetap sama dalam hidup kita. semakin meningkat umur.. persekitaran berubah.. komitmen makin banyak.. jadi orang yang ada dalam hidup kita pun bertukar-tukar.  Saya bersyukur untuk masa lalu yang begitu.. emm macamana mau cakap ah.. indah juga tapi proses dari masa lalu hingga sekarang ini memanglah menyakitkan. Terkadang untuk kita memilih suatu kehidupan yang lebih baik kita terpaksa untuk memisahkan diri kita dengan orang-orang yang tidak dapat membantu dalam perkembangan hidup kita.. tidak kiralah dari segi rohani ataupun dalam kehidupan seharian kita.. Tap

Reminder for myself . By Debra. #copypaste

11 Signs You Need a Break from Social Media In  Advice and Encouragement ,  Relationships  by Debra Fileta August 31, 2017 There’s no denying that social media has a powerful role in our lives and personal relationships.   It helps us stay connected, spread information, and share our stories with one another in a really unique way. But isn’t it safe to say that many times – instead of adding to our lives, it begins to take over?  I know that there are times in my life that I’m guilty of this. Even as I write this post, I am increasingly aware that my life is slowly creeping back in that direction. It’s easy to get to a place where we want to post about the moments of life more than we actually savor those moments. Maybe you’re aware of this tendency in your own life.  If so, consider the following signs that maybe it’s time for a social media break: 11.  You’ve actually said the word “hash-tag” out loud in a conversation. 10.  You’ve started formulating your thoughts 

Tuhan beri yg terbaik. 😄

Hai. Seringkali, bila kt tidak dapat apa yg kita mau dalam hidup kita terus la knun kita kecewa kan..  Tapi tidak jugala semua,  ada jg org yg positif 24jam sehari haha. Petang ni sa cuma terfikir.. Seringkali, bila apa yg hati kita inginkan tp kita tidak dapat..  Ada la bah juga perasaan kecewa sikit kan.. Dan perasaan kecewa itu klau tidak diuruskan dengan baik blh mempengaruhi hidup kita.. Cuba kita berfikir di sebaliknya. . Mungkin Tuhan tidak berikan apa yg kita mahu.. Sebab,  Dia sebenarnya sudah menyediakan yang lebih baik yg daripada apa yg kita mau. Perkara yg kita mau itu terlalu mudah bagi Tuhan mau bagi...  Cuma mungkin Tuhan mau memberikan yg terbaik yg sudah Tuhan persiapkan dari dulu. Tuhan sudah merencanakan segala sesuatu dalam hidup kita sebelumpun kita lahir pigi dunia ini. Bahkan hari hari depan kita ini Tuhan tau apa yg akan berlaku dengan hidup kita. Tuhan juga berikan kt suatu kebebasan dalam hidup yg kita panggil sebagai "pilihan" dan kt pe

Impian jadi nyata..

Haloha selamat petang.. Hari ini sa mo cerita sikit psl impian sa masa di IPG. Ada bah tu sa lukis lepastu sa lekat di tepi almari. Sapa pernah pigi bilik sa ada laitu nampak lukisan sa di kertas kuning. Mungkin yg Nampak pun x paham juga. Di lukisan itu, ada kereta.. Ada kapal terbang,  ada lelaki di puncak gunung, Ada garis begini |||.||||||||, ada skroll dan topi konvo.. Ini la yg sa ingat. Jadi tiap hari sa tingu itu. Setiap yg sa lukis itu ada maksud..  Dan hampir kesemua yg sa lukis sa berjaya miliki sekarang..  Cthnya, kereta.. Sa sudah beli kereta, Slalu naik kapal jg hampir tiap tahun, lpastu yg garisan itu melambangkan Ijazah kelas pertama 3.8 cuma sa x tulis nombor sbp bkin malu kna nampak kwn², Haha tp akhirnya dgn anugerah Tuhan, sa dimampukan utk mendapat kelas pertama dgn pointer 3.75 ngam² saja.  ðŸŽ‰ Sa sudah konvo dan sekarang sudah bekerja. Sa tidak memiliki segala yg sa ingini..  Tetapi apa yg sa miliki ini lebih dari cukup Daripada yg sa perlukan..

Happy Birthday kawan "sebati" ku Mandut ! 7 Sept .

Image
7 SEPTEMBER 2017 || Happy Birthday my soul sister,, friend of my heart Mandut. Terima kasih sebab jadi kawan sa dari 2012. Terima kasih sebab sentiasa ada menjadi pendengar setia masalah sa.. Banyak sa belajar dari kau... Tapi yang paling sa ingat.. Masa sa mau move on dari toxic relationship dulu2 (2012), ko yang banyak bagi sa dorongan. Banyak proses kehidupan yang sa lalui, dan ko ada disana selalu bagi kata-kata semangat dan dorongan.. dan sampai sekarang tetap ada bersama menjalani hidup. Sa bangga ada kawan macam ko, ko tau apa yang terbaik untuk diri ko dan ko tau mcmna mau bantu orang yang memerlukan. Ya, nasihat ko tajam bgi sa dan juga kwn2 ko yang lain.. tapi sa percaya nasihat ko banyak membantu orang lain dan juga sa. hehe Terima kasih sebab selalu menceriakan hari-hari orang di sekeliling ko. Patut nama ko si sukacita baini. Hahaha. Terima kasih dutt. Terima kasih belanja makan, slalu mkan pree diruma mu, modop di ruma mu.. haha. Banyak pula terima kasih s

Santai Saja :D

Helo helo. sa meninggalkan sepatah dua kata dulu sebelum balik. Sebab masih memprint untuk kerja rumah masa cuti nanti untuk murid-murid. :) Bila orang buat jahat sama kita, jangan lupakan kebaikkan yang telah dilakukannya terhadap hidup kita. memang dalam hidup kebersamaan dalam waktu yang panjang kita tidak lari dari menyakiti hati tersengaja atau tidak sengaja. Maka oleh itu, belajarlah untuk mengampuni dan move on dalam hidup. :) Menyimpan dendam tidak memberi faedah dalam waktu yang panjang. Mungkin hati kita puas tetapi hidup ini sementara. Kita tidak tau bila Tuhan akan angkat kita, ambil nafas kita.. Adalah lebih baik untuk bersikap sederhana.. memikirkan penyelesaian yang terbaik. Sebab konflik akan berlalu tetapi karakter kita akan menentukan tindakan kita, mematanngkan kita. ini saja sepatah berpatah kata sa ni petang. Haha. Pengalaman hidup, konflik hanya sementara. Kebersamaan juga tidak selamanya. Tetapi nilai persahabatan perlu difikirkan.. disyukuri dan dinikmati.

The Truth will set you free :)

13 OGOS 2017 | AHAD. Hari ini di gereja.. menyanyi lagu penyembahan... " From my heart.. to the heaven..Jesus be the centre..." terus air mata pelan-pelan mengalir... sambil menyembah.. saya disedarkan.. dalam hidup saya.. dalam tiap hari.. saya perlu mengutamakan Tuhan... Dalam hidup kita yang penuh dengan tanda tanya.. kita tidak tau apa yang akan berlaku pada hari depan kita.. Kita perlukan Tuhan... Tuhan berkuasa dan mampu untuk menjaga kita.. sebab itu.. kita sangat sangat memerlukan Tuhan dalam hidup kita.. Mengutamakan Tuhan itu selalunya bukan mudah.. tapi seharusnya kita usahakan.. Melatih diri untuk mengutamakan Tuhan.. Bila gagal.. cuba lagi.. gagal.. cuba lagi.. _________________________________________________________________________________ Saya ada satu kesaksian... Kesaksian ini benar-benar saya alami dalam hidup saya. :) Saya ada satu perasaan yang salah dalam hidup saya. Saya bergumul dalam hidup saya.. bukan setahun.. bukan dua tahun.. tetapi..

Life is simple but it not easy...

Life is simple but it not easy... Hidup ini bukan mudah. Sekiranya mudah tidak akan ada yang bunuh diri, tidak ada yang berputus asa dalam hidup kerana tekanan di sana sini dan bebanan yang ditanggung... Kita tidak lari daripada mengalami rasa putus asa, rasa seperti tidak mahu hidup lagi.. rasa sepertinya tidak mampu untuk menghadapi kehidupan lagi.. sehingga itu memberi ruang kepada sang iblis untuk menyerang pemikiran kita dengan menambahkan pelbagai kata kata negatif yang menyerang pemikiran kita.. Memang menjalani hidup tidak akan pernah mudah... bahkan semakin sukar pada zaman zaman ini.. Tapi tetaplah bertahan di dalam segala kesengsaraan yang kita alami.. tetaplah berjuang dan tetaplah berharap.. jangan pernah cuba untuk mengakhiri hidup kita dengan cara apa pun.. selagi bukan Tuhan sendiri yang mengambil nafas kita.. :) . Ketahui lah bahwa kesengsaraan dan kesakitan yang kita alami ini akan membawa kita lebih dekat dengan Tuhan.. Sebab hanya Dia lah pengharapan dalam hid

Firman Tuhan

Pagi ini saya membaca alkitab sebelum jalan ke sekolah.. dan tiba-tiba sa belajar ini.. Yesaya 55 :10-11 (10) Sebab seperti hujan dan salju turun dari langit dan tidak kembali ke situ, melainkan mengairi bumi, membuatnya subur dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, memberikan benih kepada penabur dan roti kepada orang yang mau makan, (11) Demikianlah firman-Ku yang keluar dari mulut-Ku: ia tidak akan kembali kepada-Ku dengan sia-sia, tetapi ia akan melaksanakan apa yang Kukehendaki, dan akan berhasil dalam apa yang Kusuruh kepadanya. Firman Tuhan diumpamakan seperti "hujan dan salju" yang turun dari langit dan tidak kembali ke langit tetapi melakukan fungsinya tersendiri iaitu  1) mengairi bumi 2) membuat tanah menjadi subur  3) menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan akhirnya 4) memberikan benih kepada penabur 5) memberi roti kepada yang mahu makan. Sepertinya satu proses. Demikian juga Firman Tuhan yang didengar, atau yang dibaca, atau dengan cara apapun Firman Tuhan dite

Tidak ada yang mudah.

Hello Hello. Haloha. Lama sa tidak menulis. Hehe sedar tidak sedar mau masuk bulan ke 4 sudah sa mengajar.. (senyum) beberapa waktu ini memang mencabar bagi saya.. sebab banyak yang tidak sa tahu.. Kenyataan masuk ke alam pekerjaan.. hmm, bukan senang. Haha Bulan pertama mengajar.. sa langsung tiada semangat. Mengajar.. balik rumah tidur.. malam bangun buat kerja, siap kerja lepastu sambung tidur lagi. Mungkin sebab tidur itu lagi baik daripada menghadapi kenyataan yang di depan mata. Haha. Atau juga sa masih dalam  proses membiasakan diri dgn keadaan bekerja. Tinggal di rumah saturang. Tiada kawan. Petang pun tiada aktiviti. Hmm. Tapi keadaan begini buat sa lebih dekat sama Tuhan, sebab sama Tuhan saja sa bckp dalam doa. Makin susah sa rasa makin sa datang kepada Tuhan. Sebab itu saja satu satunya sumber pengharapan sa gia. Tiada lain.  Sekarang, ok ok sudah sikit. semakin dapat membiasakan diri... semakin cuba, walaupun masih banyak yang sa tidak tahu yang dihdapa

cuti pertengahan sem :)

Hollaa... Hari pertama cuti sekolah.. oyeah syukurlah ada cuti.. buli lama-lama di rumah.. my fav place..my comfort zone.. Tidak sedar mau 2 bulan lebih sudah sa kerja sebagai seorang guru.. mcm tidak sa percaya yang sa ni sigu sudah. Haha. Tapi kenyataannya iya.. sa sudah kerja dan sa adalah cikgu kepada budak 5 hingga 6 tahun iaitu prasekolah.... berbeza pula perasaan bila cuti masa belajar dan cuti bila sudah bekerja.. bila masa belajar.. cuti mauu saja jalan-jalan.. tapi bila suda kerja ni.. tambahan lagi belum gaji maka berdiam la sa di rumah.. Sa bersyukur juga sebab sa terdiri daripada antara yang awal kerja walaupun status interim.. sebab walaupun interim tapi bulih tahan juga gaji.. walaupun penat.. kadang-kadang stress.. tapi itulah ba kaye. sudah namanya kerja. hehe. rencana Tuhan kadang-kadang tidak dimengerti.. tapi rencana Tuhan sentiasa yang terbaik. pasti ada rencana Tuhan menempatkan sa di sekolah sa sekarang. Sa terima dengan hati yang bersyukur dan percaya baha

Positif Menghadapi Cabaran

Holaaa. Lama tidak update disini.. Haha. Saya mau sharing bagaimana untuk jadi kuat dalam menjalani hari-hari kita.. darimana itu kekuatan datang dan sebagainyalah.  Dalam hidup kita ni... kita tidak akan dapat mengelak dari cabaran-cabaran hidup. Tu cabaran kadang-kadang melemahkan semangat kita. Macam baru-baru, ada temuduga untuk DG41 sah jadi guru... itu salah satu cabaran bagi saya.. sampai saya katakan, boleh ka tidak payah temuduga. Becampur-campur itu perasaan bah. Sebab sehari-hari mensadokan hati untuk mengajar ditambah lagi dengan temuduga yang perlu dilalui. Tapi sa bersyukur sebap sa dapat lalui semua itu dan menjadi lega.. Jadi, dimanakah sumber kekuatan untuk saya terus melangkah dan meneruskan kehidupan? Sudah tentunya, Tuhan adalah sumber kekuatan kita.  Bila kita menghadapi cabaran, kita boleh luahkan dengan kawan kita.. dengan keluarga kita.. tapi, mereka hanya boleh katakan sepatah dua kata semangat untuk kita.. itu pun kadang-kadang tidak cukup untuk mengu

Masa berlalu begitu cepat :)

Hello Hello.. Masa berlalu sangat pantas  dan setelah perjalanan yang panjang, sa akhirnya kembali ke rumah lagi. pada 4Jan hingga 14jan, sa berada di Miri atau secara spesifik, berada di BEM On The Rock. disana.. untuk jadi fasilitator untuk jaga peserta BASIC school. Para peserta adalah para lepasan SPM dan STPM. Saya gembira ada pengalaman jaga mereka juga dapat berkenalan. Ini kali pertama saya pergi pelayanan tanpa team. Pada mulanya agak takut tapi akhirnya semakin berani. Sepanjang di sana, sa juga belajar melalui sesi yang disampaikan oleh para pastor. Saya terpaksa balik ke rumah (Ranau) pada 14 jan kerana mendapat mesej daripada pendidikan sabah untuk menghadiri taklimat di wisma pendidikan. Disingkatkan cerita, pada 16jan, kami diberi penempatan secara interim.. dan sa dapat sekolah di Bundu Tuhan, Ranau. Sa sangat terkejut sebab... bukan seperti apa yang saya mahu. Hati saya sangat menolak. Tapi, difikirkan kembali, saya juga perlu bersyukur.. disebalik semuany

Hello 2017!

Hello. Menulis blog dalam gereja BEM On The Rock di Miri. taKenapa saya disini? Saya datang untuk melayani. Cuti-cuti jadi boleh jalan pigi melayani di BASIC School. Saya jadi fasilitatator untuk bantu-bantu, jaga dorang. Pertama kali pigi pelayanan di Sarawak tanpa team. Sa seorang saja yang disini. Perasaan  takut mula-mula tapi syukurlah Tuhan menyertai dan akhirnya sa ada kawan baru\ disini. Dapat berkenalan dengan yang lain. Bukan mudah mau jaga peserta. Jujur la katakan. Haha. Tapi bila Tuhan  yang menyertai, lakukan saja. Tuhan kita itu baik. Tahun ini............................. (nanti sa sambung balik) Haha. tidak cukup masa.