akademik VS kokurikulum? Hmm

Semester akhir di IPG ni mengingatkan saya pada masa-masa saya tingkatan 5 di SMK Lohan. Pada masa itu, saya di kelas Sains Tulen dan berada di dalam kelas tersebut memerlukan saya untuk berusaha belajar.

Tapi ada satu perkara yang tidak dapat saya pisahkan dari hidup saya ialah kokurikulum. Haha. Pada tahun itu, saya terlibat dengan Kadet Bomba peringkat Kebangsaan. Latihan tiap petang. Tiada masa mau ulangkaji. Lepastu Malam masa belajar di asrama pun tidur sebab penat. Pertandingan sana sini. Memang memberi kesan kepada pelajaran saya. Ujian-ujian banyak yang menurun markah sebab tidak sempat ulangkaji dan selalu tiada di kelas kerana ikut pertandingan.

Lepastu lain lagi taekwondo. Sana sini juga jalan pigi pertandingan. Inilah bilang urang kalau minat memang akan pigi juga itu. Jadi saya di kelas sains. Antara semua di kelas tersebut, saya saja yang slalu ikut sukan, yang slalu tiada di kelas. Hingga kawan-kawan saya menasihati saya, buat apa lah ko ikut semua itu? penting lagi belajar. Guru kelas pun nasihat saya juga supaya jangan lupa belajar.
Tapi bila sa ingat balik, itulah kenangan yang saya ada, yang saya simpan. Penat lelah latihan lepastu pigi pertandingan dan menang. 

Beberapa bulan sebelum SPM, sa berabis jugalah belajar, jawab soalan-soalan tahun sebelumnya. Saa target IPG. Jadi memang saya sudah set kokurikum punya markah mesti bagus. Akademik pun mesti bagus juga. Jadi bila keluar keputusan SPM, sa dapat 6A,4C. Hahaha. Yang C tu semua subjek sains. Biologi, Fizik, Kimia, Addmath. Saya bersyukur sebab dapat juga begitu walaupun saya ni rajin betul ikut aktiviti kokurikulum. Sa bersyukur sama Tuhan yang bagi saya kekuatan untuk menempuhi zaman persekolahan sekolah menengah. 

Masa sekarang pula di IPG. Semua sibuk menyiapkan tugasan akhir AR atau thesis. Saya pula masih terlibat untuk buat kajian untuk artikel bersama lect saya untuk dibentangkan di IPG Kent bulan
depan. Lect saya pun mulai suda bagi nasihat sama saya untuk mengutamakan AR saya.  Sejujurnya, saya ada pening-pening juga sebab  buat kajian bersama lect la ddddhsebagai ambil pengalaman supaya bila saya sambung belajar nanti tahun-tahun depan, saya boleh rujuk mereka sambil-sambil saya sendiri lihat bagaimana proses buat artikel. Saya sedar ini bukanlah penting pada masa kini, tapi penting untuk di masa depan saya. Saya selalu berdoa agar Tuhan selalu bagi saya kekuatan untuk melalui lagi masa sem akhir di IPG ini. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. 

Saya sedar. Dengan kekuatan sendiri saya tidak mampu. Tapi Tuhanlah yang akan menjadi kekuatan saya. Berkat Tuhan baru setiap hari. Pada waktu saya lemah Tuhan akan menguatkan saya. Pada waktu saya tidak berdaya, Tuhan akan memberi saya ketenangan dan kekuatan untuk terus berjuang. 

Jadi akademik VS kokurikulum?
Dua-dua menang.
Dua-dua adalah keutamaan sa.
cia-cia-cia.


Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life