Robin Hood/Servant Hood~ Pst Ong yg hensem #outspreadconference #bwccoc16

WORKSHOP: ROBIN HOOD/SERVANT HOOD (PENGABDIAN) OLEH PST ONG
#Melayani dalam Kerajaan TUHAN
Markus 10:42-45

1.     Paksaan vs Pilihan
ü  Prinsip kerajaan dunia: Memerintah dgn tangan besi (diktator)
ü  Prinsip kerajaan Sorga: Tuhan tidak memaksa tetapi memberi kebebasan untuk memilih - dengan sukarela memilih untuk melayani Tuhan.
ü  Kasih itu SUKARELA.
ü  Tuhan inginkan manusia dgn sukacita-syukur & bijaksana untuk mengabdikan diri.
ü  Bukan dgn keangkuhan tetapi dalam kerendahan hati.

2.     Keras vs Kasih
ü  Pembesar-pembesar menjalankan kuasanya dengan keras dan hanya mementingkan diri sendiri.
ü  Tuhan menginginkan kita melayani oleh kasih dan keprihatinan.
ü  Orang yg penuh dgn kasih Tuhan, pasti mahu melayani.
ü  1 Yoh 4:19
ü  Proaktif dalam pelayanan. Tidak perlu menunggu orang lain. Tanya pst apa yg boleh saya bantu dalam pelayanan.
ü  Sebagai seorang murid Tuhan Yesus kita pasti mahu menjadi sama seperti Dia, iaitu memilih menjadi seorang hamba = melayani demi Kerajaan Tuhan.
ü  To follow Jesus means to become a servant.

3.     Posisi vs Perubahan
ü  Duniawi sibuk mencari pangkat, gelaran dan glamor (kurang matang)
ü  Tuhan mahu kita membawa perubahan dan transformasi (menjadi lebih matang)
ü  Kita adalah ejen perubahan bagi Kerajaan Sorga.
ü  Kita harus punya fikiran "Saya mahu melayani".
ü  Ramai yang mau melayani di depan, tetapi semata-mata mau mencari glamor.
ü  Bila kita menjadi hamba, Tuhan mengangkat kita menjadi pemimpin rohani.
ü  Pemimpin rohani sedar bahawa gereja ada di dunia adalah untuk menjadi ejen perubahan.
ü  Tuhan tidak mewujudkan gereja untuk melayani kita, tetapi kita seharusnya melayani Tuhan Yesus dan mematuhi mandatNya untuk melayani umat Tuhan.
ü  Mustahil bagi orang Kristian menjadi matang kalau dia tidak melayani.
ü  Bila dia melayani, dia membenarkan Tuhan berkarya melalui hidupnya. Dia membawa perubahan dan Tuhan mula mengubahkan dia.

4.     Mementingkan diri vs Mengorbankan Diri
ü  Melayani memerlukan pengorbanan.
ü  Tetapi bila kita hidup berkorban dan mengabdikan diri kepada Tuhan, kita mengalami kuasa Tuhan.
ü  Pelayanan membawa berkat.
ü  Ramai yg tidak mau melayani kerana menganggap itu sebagai sesuatu yang leceh atau membebankan.
ü  Mustahil menjadi murid Tuhan yg sejati kalau tidak melayani.


Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life