Bapa konvo πŸ™Œ


Congratulations to Bapa yg berjaga konvo utk sijil pelayanan Theologi.  Lama suda dia mo sekolah theologi tapi mungkin dia kurang yakin utk masuk sebab perlu membesarkan kami. Tapi sa bangga sama bapa,  walaupun dia sekolah sampai tingkatan 1 saja sebab dulu-dulu susah mau sekolah tapi sekurang kurangnya semangat dia untuk belajar tetap ada.. Dan Tuhan mendengar doa dia.. Hingga kmi adik beradik boleh dikatakan mempunyai prestasi yg baik dalam pelajaran. Haleluyah!
          Dulu masa di sekolah,  kawan-kawan selalu ingat sa anak pastor,  atau anak guru.  Tapi pada masa itu bapa saya kerja sebagai manager di sebuah kilang. Tapi itu tidak penting,  yang penting ialah sa sendiri melihat bagaimana passion kedua ibu bapa saya. Mereka suka melayani. Mereka sanggup melakukan. Sejak saya lahir hingga sekarang,  mereka tidak putus-putus melayani. Sanggup sampai subuh di dapur gereja,  tidur di penginapan gereja bila ada aktiviti.. Dan mendahulukan pelayanan. Mereka juga sentiasa mendoakan kami sebelum kami kembali ke sekolah. Saya bersyukur lahir dalam keluarga ini.  Saya lahir ke dunia x automatik mengenal Tuhan. Mengikuti aktiviti gereja x automatik ada hubungan dgn Tuhan.. Sentiasa jatuh dalam dosa tapi kedua ibubapa sa x pernah putus asa, untuk terus mengasihi saya hingga sa berubah kerana kasih anugerah Tuhan dan kerana kesabaran mereka.
            Abang saya juga sepatutnya konvo tapi dia ada perlawanan bola sepak. Penat² dia latihan jadi terpaksalah dia main bola. Tapi sa percaya bahawa Firman Tuhan yg dia belajar sepanjang PTJJ membentuk hati dia dan menguasai hidup dia. Sa melihat banyak perubahan yg terjadi dalam hidup abg saya sejak dia belajar Firman Tuhan. Haleluyah!  Firman Tuhan membentuk hati dan hidup seseorang. Jadi bacalah Firman Tuhan selalu.  Amen. Kalau anda singel, mencari bakal suami,  bapa sa sedang mencari calon untuk abang sa.. Hahaha terek.. (tp yg betul).
 
Sa juga bangga dengan kawan sa ni.  Pst Janet dan Pst Ebrin yang menyahut panggilan Tuhan dalam hidup mereka. Janet ialah kawan sa sejak dari tingkatan satu.  Geng di asrama. Dia akan masuk pelayanan dan kita doakan supaya dia terus kuat dalam iman dan berjalan dengan pimpinan Tuhan. Begitu jg dengan Ebrin,  seorang yg periang. Rajin.. Masa di asrama dulu-dulu.  Sa bersyukur untuk mereka berdua. Semoga lebih ramai yg masuk ke dalam pelayanan sepenuh masa.. Semoga diri ini rajin sambung belajar untuk Theologi punya nannti.. Haha. Amenn.  

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life