Program Akhir di IPG. :)

Hari ini kami ada program akhir di IPG. Sesi bersama PPD daripada Nabawan. Ceramah disampaikan oleh En. Joen. Menarik apa yang disampaikan. Kena cerita pasal sekolah di pedalaman.. kesusahan.. naik bot.. jalan kaki 8jam. Lepastu elaun 1500 ribu sapa inda mau kan. Kena suruh lagi sapa mau volunteer masuk sana dan ada kawan 5 orang yang bagi nama.

Sa inda berani bagi nama sebab... biarla apa yang kena bagi nanti sa terima saja. Mungkin akan kurang penyesalan. Haha. Harap-harap sa kena di bahagian Telupid lah atau saana kudat. Haha

Apa yang kurang baik terjadi pada hari ini ialah.. Ada staf baru HEP yang marah-marah hingga hentak-hentak meja di depan masa dalam dewan kuliah.

Memang lah juga salah kami sebab ada yang lewat datang. Lebih dari jam 8.30 yang ditetapkan. Memang kakak tu marah-marah dan pengarah sendiri yang tunggu depan dewan kuliah tadi. Jadi kakak tu banyak cakap perkara yang menyakitkan hati dan menimbulkan kemarahan kawan-kawan lain.

Apa yang sa suka dalam kakak tu marah.. dia berani bagi teguran. Dia berani tegur kami. Itu yang sangat-sangat sa hargai dan orang mcm ni sebenarnya yang diperlukan untuk membentuk bakal guru. Kami selama ini dimanjakan dan memang perlu dimarah sebenarnya.

Sa bersyukur juga dalam situasi yang terjadi, sa tetap rasa damai dalam hati sa dan sa masih boleh menerima teguran. Itu bagi sa.. ertinya sa masih dalam keadaan yang baik dan tidak kritikal. Sebab pada zaman kini, ramai anak muda yang tidak mahu ditegur, tidak mahu dibentuk.

Mungkin salah satu yang membuatkan saya dapat melalui situasi pagi tadi dengan baik kerana adanya doa pagi. Doa pagi sa selalu katakan kepada Tuhan.. tolong kuasai hidup sa, kuasai hati dan perasaan sepanjang hari. Tuhan lah yang memampukan untuk terus melewati hari yang Tuhan berikan.. dan sa juga dapat melihat dari sisi positif apa yang terjadi. Haleluyah. Praise The Lord. Semoga Tuhan terus menyertai hari-hari sa. Supaya sa dapat menguasai diri agar tidak melakukan apa yang jahat.. agar sa dapat fokus dalam hidup ini dan dapat melakukan apa yang baik di hadapan Tuhan.



- Apa yang kita tabur itu yang kita tuai -
- Lebih baik teguran yang nyata daripada kasih yang tersembunyi-
-Terima kasih kakak baju oren, sa akan ingat nasihat kaka. -
-Trajedi 24 nov 2016 -

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life