Kau kisah kah kalau bf kau x sama agama sama kau?


Topik :  Kisah kah tidak kisah? Hmm




Baru-baru ni ada lelaki tiba-tiba minta no telefon. Ingatkan dia mau kasitau bisnes ka apa.. Skali saja ja, boring kali. Trus cara dia msj mcm lain macam.. Ada suwit2.. dia kasitau dimana dia mau pigi, siapa kawan dia pigi.. padahal baru ja bewasap. Ni lelaki tanya ada bf ka tiada..trus jeng jeng jeng.. keluar ni soalan (Macam dalam screenshot).
            Lelaki ni bukan kristian dan suda bekerja. Jadi memang terang-terang jawab tidak la kan. Haha. Sebab dalam Firman Tuhan mengatakan.. yang gelap tidak dapat bersatu dengan yang terang (2 Korintus 6 : 14 --> Janganlah kamu merupakan pasangan yang tidak seimbang dengan orang-orang yang tak percaya. Sebab persamaan apakah terdapat antara kebenaran dan kedurhakaan? Atau bagaimanakah terang dapat bersatu dengan gelap?.
            Cinta di dunia hanya sementara. Pilihlah yang berkenaan di mata Tuhan. Jangan pilih apa yang Tuhan tidak suru. Kesenangan di dunia juga sementara.. jangan ikut hati saja mau becinta, guna otak juga :) ... jangan gara-gara cinta mau menyangkal Tuhan Yesus. Keselamatan hidup hanya ada di dalam Tuhan Yesus. Dia mati untuk dosa kita dan hanya di dalam Dia kita dapat diselamatkan. 
           Saya selalu berdoa untuk para adik-adik yang sedang bercinta dengan orang yang tidak seiman. Syukur ada sa lihat beberapa antara mereka yang sudah melepaskan diri dari perhubungan yang tidak seimbang namun masih ada beberapa yang masih lagi. Kita sama-sama doakan agar semua yang bercinta dengan org yang tidak seagama, terbuka mata rohani mereka.. sehingga mereka melihat rencana Tuhan untuk hidup mereka.. 
               Saya harap.. anak-anak muda belajar.. bahawa tidak semua agama adalah sama. Hanya di dalam Yesus disebutkan ada kepastian keselamatan.. dan hanya Tuhan Yesus yang sanggup mati untuk mengampuni dosa manusia dan kita hidup kerana hanya anugerahnya yang diberikan secara cuma-cuma kepada kita. Semuanya tertulis pada alkitab. 

Jadi sekian lah cerita singkat. Semoga kita berkata tidak kepada perhubungan istimewa dengan orang yang tidak seiman. Jangan membina jalur keluarga keluar dari keselamatan yang Tuhan sediakan. Sekali tukar agama, sukar untuk kembali.. banyak lagi perkara yang perlu difikirkan.. dan sememangnya harus difikirkan dengan betul-betul kalau soal perkhawinan. Sebab perkawinan bukannya main-main dan Tidak boleh cerai begitu saja. Tuhan membenci perceraian jadi pilihlah yang terbaik. Tuhan bagi kita otak dan hati.. supaya kita pilih orang yang mencintai Tuhan yang sama.. 

Biarlah lambat kawin daripada kawin sembarangan. 
Jangan mengundang penyesalan seuumur hidup. :)

Apapun.. carilah dahulu kerajaan Allah dan kebenarannya , maka semuanya akan ditambahkan kepadamu. (Matius 6 : 33)

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life