Bagaimana mengekalkan semangat ~ Pst Ong #outspreadconference #bwccoc16

TEMA: BAGAIMANA MENGEKALKAN SEMANGAT (PASSION) (2 TIM 1:1-7) OLEH PST ONG
·        Kita harus mengetahui panggilan Tuhan dalam hidup kita.
·        Memaksimalkan panggilan Tuhan dalam hidup kita.
·        Bila kita ada visi/panggilan, kita aka ada kekuatan untuk melakukannya. 
      
     1)     Mengetahui dan melakukan kehendak Allah
·        Jangan blur. Kalau tidak kita tidak akan tahu panggilan Tuhan.
·        Kalau kamu ragu-ragu panggilan Tuhan dalam hidup kamu, kamu akan berhenti di tengah jalan. Apakah kehendak Tuhan dalam hidupmu?
·        Apakah kamu sanggup membayar harga untuk membayar kos?
·        Tiada perkara yang lebih penting dalam dunia ini selain melakukan kehendak Tuhan dalam hidup.
·        Bila kita tahu panggilan Tuhan dalam hidup kita, di situlah tempat paling selamat kerana kita berada di tengah-tengah hadirat Tuhan.
·        Kerana kita gagal mematuhi panggilan Tuhan, orang lain menderita (cerita Nabi Yunus)
·        Melakukan kehendak Tuhan memberi kita sukacita.
·        Bila kamu dalam kehendak Tuhan, Tuhan tidak akan lepaskan kamu sebab He knows your name!
·        Responilah panggilan Tuhan dan bukan panggilan manusia.
·        Musim sekarang, dan segala yang ada.. Apakah panggilan Tuhan dalam hidupmu?

  

    2)     Menurut apa yang telah dijanjikan iaitu hidup dalam Kristus Yesus
·        Berpegang teguh kepada janji Tuhan walaupun pelbagai badai kehidupan.
·        Bagi Paulus, hidup ialah Kristus, mati ialah keuntungan.
·        Orang yang mengalami kasih Tuhan dalam hidupnya akan terus bersemangat, melayani dan menginjili Tuhan.
·        Penyembah yang benar ialah “Tuhan lebih penting daripada apa yang ada dalam dunia ini.” Contoh, lebih penting daripada game, fb dsb.
·        You Only Live Once (Y.O.L.O)
·        Oleh itu, maksimalkan kebolehan/potensi diri kita. Maksimalkan hidup kita. Jangan buat apa-apa yang memendekkan hidup kita. Contoh: minum, clubbing, racing, merokok dsb.
  
     3)     Prinsip bertanggungjawab
·        Cari mentor dan mentee.
·       Mereka yang tiada mentor biasanya cepat hilang dari radar pelayanan berbanding yang ada mentor.
·        Mentor dapat menilai kelemahan dan membantu kita untuk mengatasi kelemahan tersebut.
·        Cari mentee yang FAT atau FAST.
                                     i.          FAT
ü  Faith (Setia)
ü  Available (Sedia ada)
ü  Teachable (Senang dibentuk)
                                    ii.          FAST
ü  Faith (Setia)
ü  Available (Sedia ada)
ü  Servanthood (Pengabdian)
ü  Teachable (Senang dibentuk)

    4)     Prinsip belas kasihan
· Kita memerlukan mercy (eleos/belas kasihan) untuk menutup kelemahan/kekurangan kita.
·   Banyak pemimpin berhenti kerana mereka merasakan kekurangan/kelemahan dalam diri mereka.
·        Kita tidak sempurna. Oleh itu, kita memerlukan belas kasihan daripada Tuhan.
·        Orang yang banyak melayani telah menerima belas kasihan daripada Tuhan.         
    5)     Prinsip syukur-sembah-suci
·        Paulus tahu dia akan dipancung namun dia memilih untuk tetap bersyukur.
·        Dia memilih untuk menyembah dan melayani Tuhan.
·        Dia hidup dalam kesucian.

    6)     Prinsip berdoa dan didoakan
·        Berdoa dan mendoakan orang lain.

    7)     Prinsip persekutuan yang membahagiakan
·        Pertemuan yang sihat dan saling menggalakkan.
·        Pertemuan yang sihat akan saling memulihkan kesedihan, hati yang hancur dsb.

    8)     Prinsip kekeluargaan

·        Terus melayani kerana generasi masa yang lalu melayani Tuhan.


Oleh: Cikgu Panus

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life