Tuhan tetap bekerja.

Sharing petang. :)

Haloha, sa di rumah. Haha. Tadi pagi, tiba-tiba hati sa mau balik rumah. Terus sa pi mandi, naik bas, dan pulang. Mungkin sebab hujung minggu depan pigi tengo kawin kaka lilian. Lepastu ada pelayanan Healing ministry di KK. Hujung minggu seterusnya pula "Breakthru' Camp". 

Baru sa tau kenapa si abang selalu balik rumah masa di IPG dulu. Pigi menenangkan fikiran pula.

Satu hal yang sa terharu tadi pagi sebelum sa bersiap pigi mandi. Ada junior wasap sa.
Dia cakap "boleh ka saya bersharing?. dan.. sa pun bilang boleh bah.
Lalu dia cakap dia ada kerinduan untuk berdoa dan berpuasa. Trus dalam hati sa, haleluyah!

Dia cakap lagi lepas dia berdoa terus dia ingat saya. Lalu kata saya, "mungkin Tuhan mau ko berdoa untuk sa". Sebab banyak yang sa hadapi masa kedepan ini.

Saya bersyukur. Sebab Tuhan menjawab doa saya. Doa sa selalu , agar Tuhan meletakkan kerinduan yg mendalam dalam hati junior-junior sa. Saya rasa Tuhan memberitahu sa bahawa, walaupun sa rasa Tuhan diam sja.. tapi sebenarnya Tuhan sedang bekerja untuk semua yang sa doakan.  

Jadi, sa mau tetap percaya, tetap berharap sama Tuhan. Walaupun kadang-kadang sa rasa Tuhan mendiamkan diri saja. Tapi sebenarnya sa yang perlu ready untuk melihat apa yang Tuhan akan kerjakan atau perlihatkan. 

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life