Hal kerajaan syurga / sharing petang/ 30sept.

“Hal Kerajaan Sorga itu seumpama harta yang terpendam di ladang, yang ditemukan orang, lalu dipendamkannya lagi. Oleh sebab sukacitanya pergilah ia menjual seluruh miliknya lalu membeli ladang itu. Demikian pula hal Kerajaan Sorga itu seumpama seorang pedagang yang mencari mutiara yang indah. Setelah ditemukannya mutiara yang sangat berharga, iapun pergi menjual seluruh miliknya lalu membeli mutiara itu.”
(Matius 13:44-46)


          Saya cuma mo sharing sikit di petang hari, memandangkan sa telampau inda tau mau buat apa. Haha. Saya rasa sa jumpa mutiara atau kerajaan syurga pada tahun 2012. Pada masa itu, sa x pernah terfikir pun akan hal ini. Sebab masa itu, sa masih remajah... dgn falsafah hidup sementara, buat apapun ikut hati yg penting happy. Tapi pada Mac 2012.. sa menemui harta yang terpendam.. iaitu pengalaman peribadi bersama Tuhan.. yang akhirnya secara halus dan tenang membuatkan saya mau melepaskan apa yang saya rasa berharga dan inda dapat hidup tanpa itu dan yang selama ini saya fight utk hidup saya. 


             Salah satu yang sa fight untuk kekalkan dlm hidup saya ialah boypren sa yg sa sayangi pada masa itu. Mungkin banyak kali Tuhan bagi warning mgatakan bahawa dia bukanlah yg Tuhan sediakan.. tapi pada masa itu saya tiada hubungan dengan Tuhan.. jadi telinga rohani, atau sesitiviti sa terhadap pimpinan Tuhan sangat tiada. Jadi selepas lahir baru pada Mac 2012 itu.. secara pelan-pelan sa mula melepaskan boypren selama 4 tahun sa itu, lepastu sa juga mempunyai banyak konflik dengan kawan sa yang juga merupakan bestfriend sa.. yang sa sedari itu semua terjadi untuk kebaikan sa.. sebab sa x berhubung lagi dengan kwn sa itu dan itu jg salah satu cara Tuhan melindungi sa. Kadang-kadang apa yang kita x fahami, akan kt faham pada masa seterusnya. Tapi bila Tuhan mau kita melepaskan sesuatu... sebenarnya Dia telah menyediakan sesuatu yang terbaik dan paling baik untuk kita. Macam klau utk sa, banyak kawan-kawan baru yang Tuhan letakkan dlm hidup sa slepas sa melepaskan boypren sa itu. Syukur, sebab Tuhan memberi kekuatan untuk sa melepaskan boypren itu. Ingat, Tuhan tidak akan paksa kita untuk ikut kehendak Dia sebab Tuhan bagi kita pilihan.. kita yg perlu membuat keputusan. Keputusan untuk mengikut jalan yg Tuhan sediakan. Jadi akhirnya sa menyingelkan diri sejak 2012 hinggalah sekarang 2016.. dan apa yg sa ingin katakan, hidup singol itu indah. Sa mempunyai banyak masa untuk pigi melayani, kurang befikir bnyk psl sinta dan tidak perlu berkepit sentiasa dgn org haha. Sebab ada ramai kwn sa nampak pada masa kini, becinta di skola atau pgajian tinggi.. lepastu berduaa saja kemana mana sampai lupa untuk bergaul sama org lain. Tapi sa tiada hak la mau ckp pasal ini sebab masing-masing ada kehidupn sendiri dan hanya Tuhan yg layak untuk menghakimi semua org. HAHA.

             Beberapa perubahan yang sa rasa terjadi dalam hidup sa.. sa mulai ada kesanggupan untuk terlibat dalam pelayanan walaupun perlu beli tiket kapal untuk pigi sarawak ,mengorbankan cuti sekolah saya, kesanggupan untuk memberi dalam bentuk kewangan walaupun belum bekerja. Sa menyedari bahawa Tuhan memberikan sa hati yang baru, perspektif yang baru. Sa yang pada awalnya rasa tidak ada hrapan dalam hidup.. akhirnya mempunyai harapan baru bahkan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya... dan sa meneruskan kehidupan kerana ada Yesus sebagai pengharapan saya. Seburuk apa pun kita, Tuhan adalah Tuhan yang boleh mentrasformasikan hati kita, hidup kita. Jangan pernah menyerah. Carilah Tuhan sebab Tuhan hanya sejauh doa.

                  Setelah mengalami hidup baru.. tidak terus menerus menjadi sempurna.. sebab mcm dlm Bible ckp.. roh penurut tapi daging lemah. Kita mau melakukan apa yang baik tapi daging kita menyebabkan keinginan-keinginan yg membuatkan melakukan dosa. Tuhan adalah setia. Dia mati di kayu salib utk mengampuni dosa sa dan anda. Tuhan tahu kita mengalami banyak pencobaan dlm hidup dn terkadang kita gagal. Bila jatuh dalam dosa.. jangan cepat-cepat lari dari Tuhan.. sebab apa faedahnya?. Jadilah seperti Petrus. Dia menyangkal Yesus hingga 3 kali.. sehingga ayam berkokok. Tuhan tahu Petrus akan menyangkal Dia. Petrus akhinya menangis dan menyesal tetapi tetap menjadi penyebar ajaran Tuhan Yesus pada zaman itu. Jadi bila kita berbuat salah.. secara sedar atau tidak sedar.. cepat-cepat lari kepada Tuhan.. mengaku dosa dan minta kekuatan untuk tidak mengulangi kesilapan dan selalu berdoa kepada Tuhan iaitu sumber kekuatan untuk menjalani hidup sehari-hari. 

                     Bagi saya.. hidup mempercayai Tuhan itu adalah satu perhubungan. Tuhan Yesus adalah sahabat saya yg tidak pernah meninggalkan saya, penasihat ajaib, Tuhan yang mencukupkan keperluan saya. Manusia seringkali mengecewakan sesama manusia. Sebab itulah dlm bible juga cakap, terkutuklah manusia yang mengandalkan manusia... Tuhan tidak mau kt mengandalkan manusia.. mungkin salah satu sebab ialah Dia mau menjaga hati kita. Satu cara saya untuk becakap-cakap dengan Tuhan ialah bila sa melihat awan sangat cantik.. sa akan memuji Tuhan atas ciptaannya yang ajaib.. 

                  Begitula sharing sa yang agak panjang. Hehe. Jadi melalui pengalaman ini.. apabila sa melihat bnyk remajah yang lebih suka melakukan apa yang menjadi kesenangan dirinya.. sa akan teringat akan 'diri saya' di masa lalu. Tapi dlm hati sa, sa akan berdoa supaya mereka mengalami Tuhan.. sebab hanya Tuhan Yesus dan RohNya yang tidak terbatas mampu mengubah hidup seseorang. 
           



Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life