13 Hari sebelum "Breakthru' Camp"

2 Minggu Sebelum "Breakthru' Camp"

Sekali lagi..perlu mengusahakan untuk melaksanakan Kem.

Dulu 2012, saya ingat.. selepas ikut Transformation Camp, sa ingin sangat membawa ni Tcamp untuk dilaksanakan di kampung. Sebab bila saya sudah merasakan pembebasan dari Tuhan, saya juga merindukan agar ada kegerakan yang sama yang terjadi di kampung saya.

Lalu akhirnya Pst Ong setuju untuk buat kem di kampung saya. Tapi ada satu masalah yang dihadapi iaitu tempat. Bila Pst Ong dan team datang di kampung, dia terkejut melihat gereja yang ada di kampung kecil dan tidak sesuai untuk mengadakan kem. Dan Pst cakap sama saya "Gila bah ko ni Vyon, adakah kita akan melaksanakan kem di gereja ini?" .. dan saya pada masa itu, "Iya pastor". Haha. Masa itu tinggal beberapa bulan sebelum kem. 

Selepas itu... ada orang di kampung iaitu Uncle Ramdi yang juga aktif dalam pelayanan Full Gospel Bussines (FGB).. mengatakan bahawa dia akan memberi wang untuk membangunkan gereja baru (kini gereja yang besar di kawasan perancangan). Proses menyiapkan gereja hanya mengambil masa kurang dari 3 bulan. Jemaat di kampung siang dan malam bertungkus lumus untuk menyiapkan gereja. Banyak pihak yang memberi sumbangan sehingga keperluan pembinaan gereja dapat ditanggung. 

Pada hari kejadian kem transformasi pada bulan december 2012, wayar masih berjuntai dari atas syiling, para jemaat sedang memasang lapis lantai dan juga menyapu habuk dalam kereja kerana baru siap. Dipendekkan cerita, akhirnya kem selesai di kampung. Saya percaya bahawa Tuhan bekerja dalam peserta yang hadir. Saya akui ada ramai yang tidak memahami apa yang Tuhan sedang kerjakan di sidang kami. Beberapa jemaat menolak pelayanan Roh kudus tetapi itu adalah kenyataan yang banyak berlaku di sidang-sidang. Saya tidak mempersalahkan mereka, sebab pendedahan mengenai pelayanan seperti tersebut memang kurang di kawasan kami.

Tapi apa yang saya lihat ialah, bagaimana Tuhan memberikan kami gereja baru dalam masa yang singkat dan tidak terfikir pun hal itu sepanjang beberapa tahun. Memang pembinaan gereja itu suda dimulakan pada awalnya tapi telah tergendala selama beberapa tahun.  

Jadi apa yang sa mo kasitau ni disini, sebelum ada sesuatu masalah itu, Tuhan sebenarnya sudah menyediakan caraNya untuk menolong kita. Tinggal kita melangkah dengan iman. Setia melakukan apa yang Tuhan mau kita lakukan...

Sekarang, ada lagi 1 kem yang saya rasa lama sudah mau dilaksanakan di gereja SIB Bandar Keningau tapi inilah waktu yang tepat rasanya. Sebab ni tahun kami yang sem 8 akan habis di IPG. Jadi kerinduan hati kami agar melalui kem ini, akan ada sesuatu yang terjadi. Ramai jiwa yang dijamah Tuhan. Saya yakin, melalui apa yang kecil ini yang kami cuba lakukan, Tuhan boleh memakai ini untuk bekerja. Saya juga berdoa supaya melalui kem ini, perserta yang join akan pulang dengan transformasi dalam diri mereka. Akan ada terjadi satu perubahan yang tidak pernah mereka jangkakan akan berlaku dalam hidup mereka. Mereka akan lebih mencintai Tuhan dan sanggup untuk bergerak aktif dalam melakukan pekerjaan Tuhan di muka bumi ini. Saya mau belajar melihat setiap satu anak muda mudi akan menjangkau 100 orang. Jika 10 orang muda mudi yang dijamah Tuhan, pastinya 10000 orang yang boleh dijangkau. Semua ini saya pelajari sepanjang 5 tahun mengikuti kem transformasi. 


Doa saya:
Jadilah sesuai dengan kehendakMu ya Bapa. Kami anak-anak Mu di IPG Keningau, mau melakukan ini hanya semata-mata untuk Engkau. Doa kami agar melalui ini akan ada revival terjadi di keningau ini. Sertai kami Tuhan dengan RohMu yang tidak terbatas. Bekerjalah dalam hati setiap peserta yang akan join. Berilah hikmat kebijaksanaan kepada kami yang akan menjadi ajk pelaksana dan juga team dari KK yang akan turun juga Tuhan berkati. Begitu jga dengan Pst Ong yang akan bergerak ke Sabah menaiki kapal terbang, Tuhan berikan dia kesihatan yang baik. Kami lakukan apa yang dapat kami lakukan ya Bapa, selebihnya kami serahkan ke dalam tangan Tuhan yang berkuasa. Semua ini kami minta dalam nama Tuhan Yesus, Tuhan yang mengasihi kami, yang menyertai kami dalam apapun yang kami lakukan. Amen. 

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life