Pengaruh Kawan.

Haloha.
Ni petang sa mau share saja pasal "pengaruh kawan" dalam hidup kita sehari-hari.

Sebenarnya, kawan sangat mempengaruhi bagaimana kita berinteraksi. Kalau kita tidak bijak memilih kawan.. nah abislah kita.

Sa pernah bersahabat dengan beberapa jenis kawan sudah. Ada yang suka cakap lucah, ada yang suka membawa buat perkara yang tida baik macam moginum tapi syukur inda jadi juga. 

Tapi ada juga kawan saya yang jajal ni. Perempuan tapi merokok. Yang bagusnya, durang tidak bawa sa merokok tapi durang larang sa. Gini durang cakap, "Uish jangan bawa si vyon merokok. Dia tida merokok tu". Durang tau mana kawan yang boleh dibawa ikut gaya durang atau tidak. 

Lepastu ada juga kawan sa masa sekolah menengah, mo bawa moginum masa di asrama. Tapi syukurlah inda jadi juga tu plan durang. Haha.

Lepastu, ada juga kawan sa yang lesbian masa di asrama. Banyak suda kes durang. Ada kawan yang kena buang asrama juga gara-gara begitu.

Tapi sa yakin, tu cuma masa remajah durang. Sekarang durang ok sudah tu. Semuanya hanya di masa lalu.

Ada juga kawan saya yang baik. Neutral lah urang bilang. Tapi kawan-kawan yang baik ni durang bawa buat perkara yang baik lah. Percakapan pun biasa saja. Inda yang kutur2.  Masa sa sekolah menengah, teda kawan saya yang ajar sa untuk serius sama Tuhan. Ada juga tapi bukan yang sungguh-sungguh. Tupun sa ikut-ikut saja durang. Pigi persekutuan dan sebagainya.

sebab itulah hidup saya masa sekolah menengah pun biasa-biasa saja. Mendatar urang bilang. Walaupun berjaya dalam sukan dan dalam pelajaran tapi di dalam diri untuk rohani.. kosong. Semuanya kerna Anugerah dan kebaikan Tuhan semata-mata. 

Bila umur sa 20 tahun. Barulah sa dapat kawan yang bimbing saya macamana sebenarnya persahabatan yang betul-betul mendorong untuk ikut Tuhan. Tu pun bukan sa cari. Tapi Tuhan bagi. Sebab melalui kem-kem sa berjumpa sama durang. Sampailah sekarang masih lagi saling mendorong. 

Akhirnya sa dapat kawan yang paksa sa untuk meninggalkan perkara yang tida bagus. Kawan yang banyak membentuk sikap dan apa yang sa buat. 

Kadang-kadang kan, susa mau tolak permintaan kawan. Susa mau cakap "tidak", "jangan".
Sebab itulah, kita perlu kawan yang mendorong kita untuk buat perkara yang berfaedah.. yang baik lah. 

Biarlah kawan kita sikit yang paling rapat. Yang penting kawan-kawan itulah yang tolong kita, bantu kita masa susah, bagi pendapat bila kita minta pendapat. Kita mesti hati-hati sama siapa kita benarkan untuk masuk dalam hidup kita terutama untuk masuk ke dalam lingkungan yang paling dekat. Sebab nasihat durang mempengaruhi kita. 

Yang paling penting, jangan remehkan sama siapa kita berkawan. Sebab itu yang paling mempengaruhi hari-hari kita. Sebab kerana kawan, kadang-kadang keputusan mereka menjadi keputusan kita. Hobi mereka lama-lama akan menjadi hobi kita. 

1 Korintus 15: 33 
Janganlah kamu sesat: Pergaulan yang buruk merusakkan kebiasaan yang baik.

Amsal 13: 20
Siapa bergaul dengan orang bijak menjadi bijak, tetapi siapa berteman dengan orang bebal menjadi malang.

Amsal 18 : 24
Ada teman yang mendatangkan kecelakaan, tetapi ada juga sahabat yang lebih karib dari saudara.



Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life