Siap asaimen :D

Siap asaimen subjek Guru dan Cabaran Semasa. 

Syukur sebab siap sudah asaimen saya. 
Walaupun ini minggu saya pigi Kent untuk pembentangan kajian bersama Puan Afinah. Akhirnya sa boleh fokus pada Thesis saya untuk semester akhir ini. 

Thesis perlu dihantar 2 minggu lagi. Masa untuk fokus dan meberikan sepenuh tenaga sepanjang 2 mingu ini. :) 

Breakthru' Camp pun 2 minggu lagi. 
Doa saya agar para peserta mengalami keterobosan dalam hidup mereka.
supaya mereka mengenal Roh Kudus
dan juga agar mereka dibebaskan daripada perhubungan yang salah, tabiat yang buruk.'
Terlebih daripada itu, saya doakan agar mereka mengalami kasih Tuhan sehingga mereka 
bangkit untuk menjadi anak-anak Tuhan yang hidup dalam kebenaran. 

Malam tadi, saya dan geng2 dalam group #singleswag bercerita tentang menulis buku. Wow. Haha.
Sa doakan juga inilah  manatau mimpi jadi nyata. Haha. Ohya, group wasap #singleswag ini untuk kami share tentang kebaikan Tuhan, perbincangan pasal perhubungan, saling mendorong dan mempunyai hati yang sama iaitu mengasihi Tuhan. nda lupa juga hobi yang sama iaitu #membaca. Haha. Saya bersyukur dapat jadi kawan durang. Walaupun durang lebih matang dari sa. Banyak sa belajar dari durang terutamanya pasal perhubungan.

Siok juga daah kalau suatu hari nanti dapat tulis buku dan terbitkan. Biar jadi berkat untuk orang lain. Haha.


Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life