Selamat Merdeka Sabah!

Hari ini saya baru faham bahawa tarikh 31 Ogos, bukanlah Hari Kebangsaan Malaysia 
tetapi Hari Kemerdekaan untuk Negara Sabah iaitu 31 Ogos 1963 dan juga Hari Kemerdekaan untuk Tanah Malaya iaitu 31 Ogos 1957.

Selama bertahun-tahun saya belajar mengenai sejarah dan menyanyikan lagu "Tanggal 31 bulan 8, 57.. " Yang dinyanyikan untuk hari kebangsaan yang rupanya untuk Tanah Melayu. 

Negara Sabah juga yang juga merupakan Negara yang kaya dijadikan pula sebagai negeri ke 12 di dalam Malaysia. 

Saya rasa tertipu dengan apa yang saya belajar selama ini dan apa yang diberitahu selama ini.
Tapi saya bersyukur saya akhirnya memahami ini pada malam ini. 

Saya yakin bahawa semua yang berlaku bukanlah suatu kebetulan. Tetapi Tuhan pasti mempunyai rencana-Nya tersendiri untuk anak-anak Sabah. Tidak akan dibiarkan anak-anak Sabah diperlakukan dengan tidak adil begitu sahaja. 

Saya berdoa supaya anak Sabah bangkit untuk menuntut hak yang dijanjikan untuk orang Sabah. Saya berdoa untuk para pemimpin supaya mempunyai keberanian untuk menyuarakan hak anak-anak Sabah. Saya berdoa supaya keadilan akan ada untuk anak Sabah. 

Selamat Hari Kemerdekaan Negara Sabah.
Tuhan memberkati pemimpin yang berjuang tuk Sabah. 

North Borneo.


Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life