Tuhan tahu...


Sebab di hadapan Tuhan kt x dapat menyembunyikan walau satu titik pun apa yang kita rasakan dan apa yang kita alami. Tuhan tahu semua yang berlaku dalam hidup kita, Tuhan tahu macamana keadaan hati kita.. dan Tuhan tahu segalanya tentang hidup kita. Dia yang menciptakan kita dan Dia kenal siapa kita lebih daripada diri kita sendiri. 

Tuhan mahu kita datang kepada Nya tanpa menyembunyikan apa apa daripada Nya. Dia adalah yang terutama dalam hidup kita. Sebaik saja kita bangun tiap pagi kita perlulah mengucapkan selamat pagi Tuhan kepada Nya dan berkata kata dalam doa untuk kekuatan dan perlindungan sepanjang hari.

Tidak ada perkara yang Tuhan izinkan berlaku dalam hidup kita tanpa pengetahuan Nya. Dan, ianya juga tidak melebihi kekuatan kita. Kalau pun Tuhan izinkan pencobaan dalam hidup kita, itu adalah sebagai satu ujian, adakah kita akan berseru kepada Nya untuk meminta tolong atau pergi kepada sumber lain. Contohnya kita tiba tiba sakit dan kita tidak berdoa tetapi terus datang kepada dukun untuk disembuhkan. Betapa kecewanya Tuhan sekiranya itu adalah pilihan kita. Alangkah baiknya sekiranya ketika sakit kita berdoa kepada Tuhan untuk disembuhkan dan juga dalam masa yang sama datang ke hospital untuk meminta ubat.

Tuhan memahami hati kita. Dan... Dia tahu yang terbaik untuk hidup kita. :) 

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life