Amsal 11

Tuhan membenci orang yang menipu dengan timbangan. Dia berkenan kepada orang yang menggunakan timbangan yang tepat.

Orang sombong

  • akan dipermalukan
Orang baik
  • dipimpin oleh kejujuran
  • mendapat keuntungan sejati
  • akan selamat
  • menerima balasan di dunia
Orang yang tidak dapat dipercayai
  • dibinasakan oleh kecurangan
  • diperangkap oleh ketamakan mereka
Orang jujur
  • hidup senang sebab kejujuran mereka
  • selamat kerana ketulusan hati mereka
  • seluruh kota bersukacita apabila mendapat rezeki
  • restunya memakmurkan kota
Orang Jahat
  • jatuh kerana kejahatan mereka
  • ditimpa kesusahan
  • percakapannya membinasakan orang
  • bila meninggal harapan pun lenyap sebab berharap kepada kekayaan yang sia-sia sahaja.
  • rakyat bersorak sorai apabila orang jahat mati.
  • memusnahkan kota
  • tidak mendapat keuntungan sebenar
  • pasti akan dihukum
  • mendapat hukuman 
Orang Saleh
  • terpelihara daripada kesusahan
Hikmat
  • menyelamatkan orang baik
Orang bodoh
  • menghina orang lain adalah perbuatannya
Orang bijak
  • suka mendiamkan diri

Wanita
  • wanita yang baik budi dihormati orang tetapi wanita yang tidak berbudi dipermalukan
  • Kecantikan pada wanita yang tidak berbudi bagaikan cincin emas pada jongor babi.


Orang yang mendatangkan kesukaran kepada keluarganya, tidak akan memiliki apa-apa. Orang bodoh akan jadi hamba orang bijak selama-lamanya.


Kekayaan
  • Kekayaan tidak bererti apabila orang menghadapi maut, tetapi kejujuran menyelamatkan orang
  • apabila orang jahat meninggal, harapan mereka lenyap, berharap kepada kekayaan sia-sia sahaja.
  • ada orang yang suka memberi tetapi masih bertambah kaya. Ada orang kedekut tetapi bertambah miskin pula.
  • Orang malas tidak akan mendapat wang, tetapi orang yang bekerja keras akan menjadi kaya.
  • Orang jahat tidak mendapat keuntungan sebenar tetapi orang yang berbuat baik mendapat keuntungan sejati.
orang yang mengumpat tidak dapat menyimpan rahsia, orang yang dapat dipercayai boleh merasiakan perkara.

Bangsa akan jatuh jika tidak ada pemimpin yang bijak, tetapi selamat jika dapat banyak penasihat.

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life