Selamat hari valentine :) #14feb

“It is not about doing what we feel like. It is about doing what God says.” 
― Joyce Meyer


Matius 22 : 37
Jawab Yesus kepadanya: "Kasihilah Tuhan, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap akal budimu.

Matius 22: 39
Dan hukum yang kedua, yang sama dengan itu, ialah : kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri.

Matius 5 : 44
Tetapi Aku berkata kepadamu : kasihilah musuhmu dan berdoalah bagi mereka yang menganiaya kamu.

2 Timotius 1:7
Sebab Allah memberikan kepada kita bukan roh ketakutan, melainkan roh yang membangkitkan kekuatan, kasih dan ketertiban.


Sempena hari valentine ini, sa merenungkan kembali apa perintah Tuhan mengenai kasih :)


  1. Mengasihi TUHAN dengan SEGENAP HATI, SEGENAP JIWA & SEGENAP AKAL BUDI.


      •  Mengasihi TUHAN 100% dengan apa adanya diri kita. Kita berserah kepada TUHAN dengan setiap apa yang berlaku dalam hidup dan melakukan segala perintah yang diberikan.
      • Yang terutama untuk dikasihi dalam hidup ini ialah TUHAN dan bukannya kekasih kita, keluarga kita, ataupun kawan-kawan kita. TUHANlah yang berada di posisi teratas dalam hidup kita yang kita utamakan dan barulah keluarga dan kawan-kawan serta orang lain.
      • kasih kita kepada TUHAN perlulah lebih besar berbanding kasih kita kepada sesama. 

                       2. Kasihi sesama seperti dirimu sendiri. :)
      • Siapakah "sesama" ? . Sesama ialah orang-orang yang ada dalam hidup kita sama ada yang kita kenal ataupun tidak kenal iaitu keluarga, kawan-kawan dan orang yang kita tidak kenali.
      •  Saya selalu bergumul dalam hal mengasihi orang lain sebagaimana saya mengasihi diri saya sendiri oleh kerana sifat manusia yang lebih menyayangi diri sendiri. Selalunya, saya hanya akan mengasihi mereka yang mengasihi saya. Dalam ayat ini kasihilah sesama... dan bukannya kasihilah mereka yang kamu suka untuk kasihi. Bermakna, semua orang yang ada dalam hidup kita, kita perlu mengasihi mereka seperti kita mengasihi diri kita.
      • Dengan kekuatan sendiri, saya gagal untuk mengasihi orang lain. Tetapi, TUHAN memberikan kekuatan-Nya, Kasih-Nya yang mengalir dalam hati saya dan barulah saya dapat melakukan tindakan kasih terhadap orang di sekeliling saya.
          3. ALLAH memberikan kita roh yang membangkitkan kasih. 
      • Dalam diri kita ada roh yang membangkitkan kasih. TUHAN tahu bahawa manusia tidak mempu untuk mentaati perintah ini, oleh itu Dia memberikan kita roh yang membangkitkan kasih. Supaya apabila kita rasa tidak mampu untuk mengasihi, TUHAN memampukan kita. Roh Kudus memberikan kita kesedaran dalam hati kita dan memperingatkan tentang perintah yang telah diberikan. :)

Doa saya pada hari valentine tahun ini ialah agar:

  • Saya dapat mengasihi TUHAN dengan segenap hati, jiwa dan akal budi saya.
  • Mengasihi orang lain, walaupun orang tersebut melakukan perkara yang menyakitkan hati saya.
  • Kasih TUHAN yang saya alami, juga dapat dirasai oleh orang lain. 
  • Tuhan memberkati semua pasangan suami isteri di seluruh dunia.
  • Yang sedang bercinta TUHAN berikan kesabaran untuk mereka dipersatukan,
  • Pasangan yang tidak seimbang menurut Firman Tuhan, diberikan tanda agar mereka dapat memilih dengan baik.
  • para anak-anak TUHAN yang belum menemukan pasangan hidup, TUHAN mempertemukan mereka dengan orang yang TUHAN sudah sediakan.
  • Bagi mereka yang kehilangan orang yang disayangi, Tuhan memberikan penghiburan dan damai sejahtera. 
AMEN. 

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life