#Day6 #Amsal6


  • Jika kita berjanji menjamin hutang orang lain, maka kita terikat oleh kata-kata kita sendiri. Kita sudah terikat dengan orang itu. Tetapi kita boleh melepaskan diri kita dengan memohon kepada orang itu agar kita dibebaskan. Jangan berhenti berusaha untuk melepaskan diri sebelum berjaya melepaskan diri.
  • Orang yang malas :
    • harus belajar dari semut. Semut tidak mempunyai ketua tetapi semut menyimpan makanan pada musim menuai sebagai persediaan semasa tidak ada makanan.
    • Jika tidak berusaha, selalu tidur sahaja, selalu berehat & malas bekerja, orang ini akan ditimpa kemiskinan yang datang dengan mengejut.
  • Orang yang jahat & tidak berguna :
    • membohong di sana sini
    • mengenyitkan mata & memberikan isyarat untuk menipu sementara merancang kejahatan dalam fikiran mereka yang sesat.
    • menimbulkan kekacauan di merata tempat 
    • # Oleh kerana perbuatan mereka, mereka akan ditimpa bencana dengan mengejut dan mereka akan dihancurkan sama sekali.

  • 7 perkara yang dibenci oleh TUHAN & yang tidak dapat dibiarkan-Nya :
    1. Sikap yang sombong
    2. mulut yang selalu cakap bohong
    3. Tangan yang membunuh orang yang tidak bersalah
    4. Fikiran yang merancang hal-hal yang jahat
    5. kaki yang bergegas menuju kejahatan
    6. saksi yang terus menerus berdosa
    7. orang yang menyebabkan perkelahian antara sahabat

  • Melakukan perintah bapa & tidak lupa ajaran ibu. Ingat & simpan nasihat mereka di dalam hati. 
    • Ajaran mereka akan :
      • memimpin kita dalam perjalanan
      • melindungi kita pada waktu malam
      • menasihati kita pada waktu siang
    • Petunjuk mereka bagaikan lampu terang, teguran mereka menunjukkan cara hidup yang baik.
    • Dengan itu akan :
      • dijauhkan daripada perempuan jalang & daripada pujukan isteri orang lain.

  • Jangan tergoda oleh kecantikan perempuan jalang & isteri orang lain.
    • pelacur dapat dibayar dengan harga sebuku roti ( murah macam harga makanan) sahaja tetapi berzina dengan isteri orang lain harus dibayar dengan nyawa.

  • Jika memangku api = pakaian terbakar,
    Jika berjalan di atas bara api = kaki terbakar
    begitu juga bahaya jika seorang lelaki tidur dengan isteri orang lain.
    sesiapa yang berbuat begitu akan terima akibat.

  • Seorang lelaki yang berzina :
    • Sangat bodoh
    • \membinasakan dirinya sendiri
    • akan dihina & dipukul orang
    • dipermalukan selama-lamanya

  • Seorang suami paling marah apabila dia cemburu. Dendamnya tidak mengenal batas. Dia tidak mahu menerima ganti rugi, pemberian sebanyak apapun tidak dapat meredakan kemarahannya.






Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life