Nama yang memikat hatiku. witwiuuu

Haloha. Haha.
Siodop.
Too many to do tapi siodop. Huhu.
Tiapa menulis kejap. HEHE


Hari ahad lalu.. kami nyanyi lagu..

Yesus.. Yesus..
nama itu memikat hatiku..
(dibilang tu lagu).

Image result for name above all name

Bila sa fikir kembali... Sebelum pun hati kita mengenal Tuhan..
Dia sudah terlebih dahulu mencintai dan mengasihi kita. :)

Bayangkan.. sejak kita dalam kandungan Ibu, Dia ada bersama kita.
Nafas kita, tubuh kita semua yang ada dalam hidup kita semuanya dari Tuhan.

Tuhan memberikan segala yang kita "perlukan" kerana Dia mengasihi kita.
Perlukan ah.. bukan kehendak kita. Haha.

Masa lagu ini dinyanyikan...
" nama itu memikat hatiku ".. terus automatik terkeluar satu nama. Haha. Nama seorang lelaki. Rahsia la mana bulih kasi tau. Tiba tiba saya tersedar Bukan nama ni lelaki yang memikat hati sa dan selama ini saya silap, terlalu memikirkan apa yang bukan musim hidup saya akhirnya menggangu fokus utama saya.. iaitu mengenal Tuhan lebih dalam lagi... huhu

.Lepastu dalam hati sa..  nama Yesus yang memikat hati saya.
Yesus yang duluan mengasihi sa bukan itu lelaki yg namanya terkeluar di pikiranku. Dalam keadaan terburuk sa sekalipun Dia ada disana.. sanggup melewati segala sesuatu bersama sa. Segala kejayaan Dia berikan kerana kasihNya yang tidak pernah berhenti dalam hidup saya. Sekalipun saya mengalami kesukaran.. terkadang saya dapat merasakan bahwa Tuhan sedang melatih saya..  setiap masalah akan berlalu tetapi apa yang akan ter ubah ialah cara pandang saya terhadap masalah akan berubah...

Masalah boleh ada.. tapi jangan biarkan masalah itu menghalang mata kita untuk terus melihat pekerjaan dan kasih Tuhan dalam hidup kita.

Jangan biarkan kehendak kita memadamkan kehadiran Tuhan dalam hidup kita....
Seringkali dalam konteks bercinta, terkadang kita sanggup untuk membelakangkan Tuhan demi dikasihi dan disayangi oleh orang yang kita suka atau cintai.

Padahal Tuhan telah setia dalam hidup kita sejak kita satu hari dalam perut ibu kita sehinggalah pada hari ini Tuhan tetap setia. Sekalipun Tuhan tau kita tidak setia Dia tetap setia sebab itu karekterNya :). Dia Tuhan yang boleh dipercayai.

Jadi kesimpulannya.....
Dalam apapun yang kita lakukan, apapun yang kita ingini, jangan sekali kali itu membuatkan kita lupa bahawa Tuhan ada bersama kita dalam suka dan dalam senang. Jangan masa susah saja kita merayu rayu sama Tuhan minta bantu itu ini.. apa ko ingat Tuhan kita itu Tuhan yang perlu dicari masah susah saja? hmm. Tidak. Tuhan mau agar seluruh hidup kita ini, kita sentiasa menyedari bahawa Dia ada bersama kita. Dalam suka.... dan dalam senang.
Ingat, Dia lebih dulu mengasihi kita. Kalau ada yang cuba untuk mengambil tempat Tuhan yang pertama dalam hidup kita cepat-cepatlah kt adjust balik keutamaan dalam hidup kita.

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life