Firman Tuhan

Pagi ini saya membaca alkitab sebelum jalan ke sekolah.. dan tiba-tiba sa belajar ini..

Yesaya 55 :10-11

(10) Sebab seperti hujan dan salju turun dari langit dan tidak kembali ke situ, melainkan mengairi bumi, membuatnya subur dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan, memberikan benih kepada penabur dan roti kepada orang yang mau makan,

(11) Demikianlah firman-Ku yang keluar dari mulut-Ku: ia tidak akan kembali kepada-Ku dengan sia-sia, tetapi ia akan melaksanakan apa yang Kukehendaki, dan akan berhasil dalam apa yang Kusuruh kepadanya.

Firman Tuhan diumpamakan seperti "hujan dan salju" yang turun dari langit dan tidak kembali ke langit tetapi melakukan fungsinya tersendiri iaitu 
1) mengairi bumi
2) membuat tanah menjadi subur 
3) menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan akhirnya
4) memberikan benih kepada penabur

5) memberi roti kepada yang mahu makan.

Sepertinya satu proses.

Demikian juga Firman Tuhan yang didengar, atau yang dibaca, atau dengan cara apapun Firman Tuhan diterima.. Firman Tuhan tersebut tidak akan menjadi sia-sia, pasti akan terjadi sesuatu kepada penerima Firman sesuai dengan maksud dan rencana Tuhan. Mungkin juga Firman Tuhan yang diterima akan..
1) Mengairi hati manusia yang keras sehingga ada aliran air hidup mengalir dalam hidup orang tersebut, menyebabkan..
2) Hati penerima Firman tersebut mudah untuk dibentuk dan mahu dibentuk sesuai dgn Firman Tuhan
3) Sehingga menimbulkan keinginan-keinginan yang baik seperti meninggalkan hidup yang lama dan mau melayani Tuhan dalam setiap kesempatan yang ada.

4) Lalu.. akhirnya dapat memberi, membantu hamba-hamba Tuhan melalui pemberian wang, tenaga atau sumbangan supaya kerajaan Allah dapat diperluaskan lagi di muka bumi ini.
5) Dan juga.. membagi Firman Tuhan yang diterima kepada orang lain yang haus akan Firman Tuhan. 

Demikianlah Setiap Firman Tuhan yang diterima, tidak akan sia-sia. Pasti akan terjadi satu keterobosan, pemulihan dalam hati.. kerana Firman Tuhan dapat membawa hati kita kembali kepada Tuhan. Hidup yang jauh dari Tuhan.. bila kita mendengar Firman Tuhan..kebenaran demi kebenaran dipelajari.. itu akan membebaskan kita dari rantai yang mengikat hidup kita. Kebenaran akan memerdekakan kita. Sebab itulah pentingnya FIRMAN TUHAN. 




Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life