Tidak ada yang mudah.

Hello Hello.

Haloha. Lama sa tidak menulis. Hehe

sedar tidak sedar mau masuk bulan ke 4 sudah sa mengajar.. (senyum)
beberapa waktu ini memang mencabar bagi saya.. sebab banyak yang tidak sa tahu..

Kenyataan masuk ke alam pekerjaan.. hmm, bukan senang. Haha

Bulan pertama mengajar.. sa langsung tiada semangat. Mengajar.. balik rumah tidur..
malam bangun buat kerja, siap kerja lepastu sambung tidur lagi. Mungkin sebab tidur itu lagi
baik daripada menghadapi kenyataan yang di depan mata. Haha. Atau juga sa masih dalam 
proses membiasakan diri dgn keadaan bekerja. Tinggal di rumah saturang. Tiada kawan. Petang pun tiada aktiviti. Hmm. Tapi keadaan begini buat sa lebih dekat sama Tuhan, sebab sama Tuhan saja sa bckp dalam doa. Makin susah sa rasa makin sa datang kepada Tuhan. Sebab itu saja satu satunya sumber pengharapan sa gia. Tiada lain. 

Sekarang, ok ok sudah sikit. semakin dapat membiasakan diri... semakin cuba, walaupun masih banyak yang sa tidak tahu yang dihdapan ini nanti.. tapi itulah, mencuba yang terbaik. Sa bersyukur ada kekuatan yang datang dari Tuhan, keluarga yang selalu berdoa untuk saya, kawan-kawan yang faham..walaupun blh kira jumlah jari saja kawan yang btl-btl dapat sa kongsi setiap ketakutan, kemalasan, kejayaan sa. 

Tidak ada yang mudah pada permulaannya. Mungkin lama-kelamaan sa akan dapat enjoy disini dengan keadaan yang ada. Haha. Sa tidak target kecemerlangan pada tahun pertama ini, sa cuma berharap sa belajar banyak perkara dan semua murid-murid 6 tahun sa berjaya menguasai kemahiran asas sebelum naik ke tahun 1. Dan sa harap sa tiba-tiba bermotivasi tinggi dan rajin. Ada kunun tiba-tiba kan. Hehe. Sot neh. 

Apapun sesusah manapun hidup ini, tetap berusaha untuk melangkah.. walaupun satu langkah pun tetap dikira juga. Sebab tidak ada yang mudah. diulang.. tidak ada yang mudah. Haha. 

Bersusah susah dahulu, bersusah juga kemudian tapi dengan level kekuatan hati, perasaan dan ketenangan hati yang lebih tinggi. Haha. 


Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life