Positif Menghadapi Cabaran

Holaaa.

Lama tidak update disini.. Haha.
Saya mau sharing bagaimana untuk jadi kuat dalam menjalani hari-hari kita.. darimana itu kekuatan datang dan sebagainyalah. 


Dalam hidup kita ni... kita tidak akan dapat mengelak dari cabaran-cabaran hidup. Tu cabaran kadang-kadang melemahkan semangat kita. Macam baru-baru, ada temuduga untuk DG41 sah jadi guru... itu salah satu cabaran bagi saya.. sampai saya katakan, boleh ka tidak payah temuduga. Becampur-campur itu perasaan bah. Sebab sehari-hari mensadokan hati untuk mengajar ditambah lagi dengan temuduga yang perlu dilalui. Tapi sa bersyukur sebap sa dapat lalui semua itu dan menjadi lega..

Jadi, dimanakah sumber kekuatan untuk saya terus melangkah dan meneruskan kehidupan?

Sudah tentunya, Tuhan adalah sumber kekuatan kita. 
Bila kita menghadapi cabaran, kita boleh luahkan dengan kawan kita.. dengan keluarga kita..
tapi, mereka hanya boleh katakan sepatah dua kata semangat untuk kita.. itu pun kadang-kadang tidak cukup untuk menguatkan hati kita. Ada satu sumber kekuatan, ketenangan, kedamaian iaitu Tuhan sendiri. Hanya Tuhan yang 100% mengetahui isi hati kita.. sebab Dia yang menciptakan kita dalam kandungan Ibu.. apa yang kita fikirkan, apa yang kita rasakan.. Tuhan tahu semuanya.. dan sebelum adanya cabaran itu kita ketahui.. Tuhan sudah memberikan kita cara bagaimana untuk menghadapi cabaran itu.

Kita tidak kuat sentiasa. Ada masa kekuatan kita itu habis.. Jadi bagaimana kita mendapat sumber kekuatan yang ada sentiasa? Bila kita datang ke hadirat Tuhan.. memanggil dia Bapa dan meletakkan hidup kita di dalam tangan Tuhan.. maka Tuhan akan memberikan kita amaun kekuatan untuk menghadapi cabaran. Itulah pentingnya kita mencari Tuhan pada setiap pagi.. setiap waktu yang ada.. sebab Tuhan adalah sumber kekuatan dan sumber pengharapan kita untuk hidup. Tuhan adalah satu satunya harapan yang membuatkan kita mau terus maju kehadapan. Milikilah Tuhan dalam hatimu dan pengharapan itu akan tetap ada. Pengharapan ini yang menjadikan kita bersemangat untuk menjalani hidup. Pengharapan ini yang akan membawa kita pergi jauh dan menemui kejayaan kejayaan dalam kehidupan kita..
Milikilah Tuhan dalam hati kita..Tidak ada yang sia-sia apa yang kita berikan kepada Tuhan. Bila kita berikan hati kita, Tuhan akan menjaga kita dengan cara yang tidak kita pernah fikirkan.

Bila sa merenungkan cabaran yang ada.. dan cabaran yang mendatang.. sungguh segala yang telah saya lalui sepanjang kehidupan yang lalu atau lebih sfesifik cabaran semasa belajar di sekolah dan IPG... semuanya itu mempersiapkan saya untuk menghadapi cabaran di hadapan saya. Jadi semuanya adalah berguna dan menjadi tangga untuk terus naik ke hadapan. Tapi saya juga perlu belajar berjalan dengan iman. Walaupun saya tidak tahu apa yang terjadi di masa hadapan, saya mau setia melakukan pekerjaan saya, setia dalam melakukan apa yang Tuhan telah letakkan dalam hidup saya. 

Jangan putus asa bila menghadapi cabaran. Boleh nangis.. dipersilakan. Haha. Tapi lepas nangis..kasi kuat balik tu hati. Orang bilang.. setiap air mata adalah doa dari hati yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata sebab kita rasa tidak mampu. Tapi berbahagialah bila kita rasa tidak mampu... sebab kita sedar ketidakberdayaan kita dan kita sangat memerlukan Tuhan dalam hidup kita. Inilah kenyataan yang perlu kita ingat setiap hari bahawa kita memerlukan Tuhan dan Tuhanlah yang terutama dalam hidup kita. Tanpa Tuhan kita bukanlah siapa-siapa dan tiada nilai di dunia ini. Tanpa Tuhan dalam hati kita, kita sama dengan orang dunia yang tiada matlamat untuk akhir kehidupan. 

Marilah kita menguatkan hati.. untuk menghadapi hari-hari kita.. walaupun sukar, walaupun susah dan kadang-kadang mau give up, tetaplah bertahan dalam penderitaan. Sebab tidak selamanya orang Benar dibiarkan dalam kesengsaraan.. Tuhan pasti akan memberikan kebahagiaan dan kemenangan. Tuhan kita itu setia dalam mencukupkan kita, setia dalam menyertai kita dan Tuhan kita tidak terbatas dengan apapun. Jangan kita membatasi Tuhan kita dengan situasi yang kita lihat sebab Tuhan boleh melakukan mukjizatNya walaupun pada minit terakhir. Bagi kita mungkin terlambat tapi bagi Tuhan itulah masaNya yang terbaik dan membuktikan bahawa Dia benar-benar Tuhan yang hidup dan memperhatikan hidup kita.

Haleluyah..

Sampai disini saja kesaksian saya.
Semoga Tuhan menguatkan hati kita, menyertai kita sampai Maranatha. 
Amen.

> Cikgu Vyon <

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life