The Truth will set you free :)

13 OGOS 2017 | AHAD.

Hari ini di gereja.. menyanyi lagu penyembahan...
" From my heart.. to the heaven..Jesus be the centre..."
terus air mata pelan-pelan mengalir...
sambil menyembah.. saya disedarkan.. dalam hidup saya.. dalam tiap hari..
saya perlu mengutamakan Tuhan...

Dalam hidup kita yang penuh dengan tanda tanya..
kita tidak tau apa yang akan berlaku pada hari depan kita..
Kita perlukan Tuhan...
Tuhan berkuasa dan mampu untuk menjaga kita..
sebab itu.. kita sangat sangat memerlukan Tuhan dalam hidup kita..

Mengutamakan Tuhan itu selalunya bukan mudah.. tapi seharusnya kita usahakan..
Melatih diri untuk mengutamakan Tuhan..
Bila gagal.. cuba lagi.. gagal.. cuba lagi..

_________________________________________________________________________________

Saya ada satu kesaksian...
Kesaksian ini benar-benar saya alami dalam hidup saya. :)

Saya ada satu perasaan yang salah dalam hidup saya. Saya bergumul dalam hidup saya.. bukan setahun.. bukan dua tahun.. tetapi.... hampir 7 tahun.. Dan saya sangattt ingin buang perasaan itu. Saya tidak pernah share sama orang lain.. kerana saya malu. Tapi saya sentiasa jujur sama Tuhan. Terkadang saya terleka dengan perasaan tersebut. Tetapi saya sentiasa datang kepada Tuhan mengakui kelemahan dan keinginan hati saya supaya perasaan tersebut hilang dari hidup saya sepenuhnya..

Akhirnya setelah bertahun bergumul, berdoa dan selalu jujur dengan Tuhan.. akhirnya pada tahun ini.. Tuhan melepaskan saya daripada perasaan itu. Haleluyah!. Tuhan Yesus baik.

Selalunya, pergumulan yang kita alami.. walaupun kita doakan berhari-hari.. ada masanya Tuhan tidak akan menjawab atau menyelesaikan doa kita secepat yang kita mau.. sebab adalah lebih penting bagi Tuhan untuk membentuk karakter kita daripada cepat-cepat menyelesaikan masalah yang kita hadapi. Sebab masalah itu hanya sementara, tapi karekter kita itu menentukan hidup kita, hati nurani kita, iman kita kepada Tuhan adalah penting untuk menghadapi hidup ini.

Bertahun merupakan satu masa yang panjang...
Tapi sepanjang beberapa tahun tersebut..
saya belajar banyak perkara.
Salah satu yang saya belajar ialah..
Kita boleh berubah.. kita boleh diubah Tuhan.
seringkali kita percaya dengan tipuan iblis sehingga kita mengatakan.. oh begini lah saya ini.. memang begini sejak dulu dengan keadaan yang tidak menurut Firman Tuhan..
Tetapi Firman Tuhan mengatakan "The Truth will set you free"..
Kebenaran dari Tuhan mengubahkan pemikiran kita.. mengubah hidup kita.

Hari ini saya dapat menjalani hidup dengan kebebasan yang Tuhan telah berikan. Saya tidak dikuasai lagi perasaan yang mengikat saya. Saya hidup dalam anugerah Tuhan.. dengan kesedaran bahawa saya adalah anak Tuhan.. hidup saya dalam tangan Tuhan dan hidup saya ini diperbaharui hari demi hari.

Saya dengan bangganya mengatakan.. Saya bebas kerana Yesus memerdekakan saya.
Iblis dikalahkan. Kematian Yesus di kayu salib dan kebangkitan Yesus membuatkan setiap yang percaya dan tinggal di dalam Kristus adalah pemenang. Haleluyah!!!!



Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life