Life is simple but it not easy...

Life is simple but it not easy...

Hidup ini bukan mudah. Sekiranya mudah tidak akan ada yang bunuh diri, tidak ada yang berputus asa dalam hidup kerana tekanan di sana sini dan bebanan yang ditanggung...

Kita tidak lari daripada mengalami rasa putus asa, rasa seperti tidak mahu hidup lagi.. rasa sepertinya tidak mampu untuk menghadapi kehidupan lagi.. sehingga itu memberi ruang kepada sang iblis untuk menyerang pemikiran kita dengan menambahkan pelbagai kata kata negatif yang menyerang pemikiran kita..

Memang menjalani hidup tidak akan pernah mudah... bahkan semakin sukar pada zaman zaman ini.. Tapi tetaplah bertahan di dalam segala kesengsaraan yang kita alami.. tetaplah berjuang dan tetaplah berharap.. jangan pernah cuba untuk mengakhiri hidup kita dengan cara apa pun.. selagi bukan Tuhan sendiri yang mengambil nafas kita.. :) . Ketahui lah bahwa kesengsaraan dan kesakitan yang kita alami ini akan membawa kita lebih dekat dengan Tuhan.. Sebab hanya Dia lah pengharapan dalam hidup kita. Bersyukurlah di dalam apapun keadaan.. dan walaupun hidup yang kau alami terlalu sukar.. tetaplah jalani hidup.. jangan pernah menyerah dengan kehidupan tetapi berserahlah kepada Tuhan.

Carilah hadirat Tuhan sentiasa sebab disanalah kita akan dapat kekuatan. Hadirat Tuhan bukan hanya ada di gereja sahaja, tetapi dalam rumah kita bahkan dalam hidup kita sendiri juga. Bila kita terlalu lelah akan kehidupan ini, tutuplah mata seketika dan naikkan lagu pujian kepada Tuhan dan juga doa. Tuhan akan menyapa kita dengan caraNya yang lembut.. Dia akan memberikan kelegaan dan kekuatan untuk terus melangkah menjalani hidup..

Setiap kesilapan yang kita lakukan bukanlah kegagalan dalam hidup kita. Bahkan kesilapan-kesilapan yang kita lakukan itu membawa peribadi kita menjadi lebih baik.. :)  Sebab manusia sentiasa belajar melalui kesilapan yang dilakukan. Jadi jangan berputus asa, kita tidak dilahirkan gagal dan kita bukanlah orang yang gagal. Kita adalah pemenang di dalam Kristus dan hidup kita tersembunyi di dalam Tuhan. Hidup kita dibungkus dengan Darah Yesus.. kita mempunyai kuasa dan kekuatan untuk terus berjuang dalam Hidup.

Tuhan telah memilih kita untuk hidup di dunia sebab itu Dia menciptakan kita,.. Bila kita diberikan kesempatan ini hidup merupakan anugerah bahkan suatu kepercayaan yang Tuhan berikan untuk kita kelolakan dengan baik dan bukannya satu beban. Tuhan yang menciptakan awal hidup kita, biarlah kita sentiasa bersama Tuhan sehingalah akhir hidup kita. :)

Hidup kita di dalam jagaan Tuhan.. Jangan stress, jangan berputus asa. Rilex bah, Tuhan kan ada. :)


Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life