Tuhan beri yg terbaik. πŸ˜„

Hai.

Seringkali, bila kt tidak dapat apa yg kita mau dalam hidup kita terus la knun kita kecewa kan..  Tapi tidak jugala semua,  ada jg org yg positif 24jam sehari haha.

Petang ni sa cuma terfikir..
Seringkali, bila apa yg hati kita inginkan tp kita tidak dapat..  Ada la bah juga perasaan kecewa sikit kan.. Dan perasaan kecewa itu klau tidak diuruskan dengan baik blh mempengaruhi hidup kita..

Cuba kita berfikir di sebaliknya. .
Mungkin Tuhan tidak berikan apa yg kita mahu.. Sebab,  Dia sebenarnya sudah menyediakan yang lebih baik yg daripada apa yg kita mau. Perkara yg kita mau itu terlalu mudah bagi Tuhan mau bagi...  Cuma mungkin Tuhan mau memberikan yg terbaik yg sudah Tuhan persiapkan dari dulu.

Tuhan sudah merencanakan segala sesuatu dalam hidup kita sebelumpun kita lahir pigi dunia ini. Bahkan hari hari depan kita ini Tuhan tau apa yg akan berlaku dengan hidup kita.

Tuhan juga berikan kt suatu kebebasan dalam hidup yg kita panggil sebagai "pilihan" dan kt perlu utk selalu memilih utk mengikut apa yg Tuhan mau dlm hidup kt.

Seringkali kt gagal membuat pilihan yg terbaik. Dan salah pilih kptsn menyebabkan kita perlu menghadapi kesan kesan yg menyakitkan.. Yg akhirnya menjadi pelajaran hidup kita.
Jangan memukul diri bila salah buat kptsn.. Sebab kesakitan yg kita alami sbnarnya akan membawa kt kepada suatu keindahan di sebaliknya.


Jadi jangan kecewa tapi terus berharap. Sebab pengharapan akan membuatkan kita mampu menghadapi hari hari dalam hidup kita. 😊


Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life