Happy Birthday to Me ! :D #1911


Selamat ulangtahun ke-24 kepada diriku. Masih muda baa.. baru 24tahun. Haha!

Syukur kepada Tuhan Yesus yang memberikan saya nafas hidup sehingga pada hari ini... kerana saya sedar bila-bila masa saja Tuhan boleh ambil nafas hidup kita. Sebab itu saya slalu bersyukur Tuhan masih memberikan peluang untuk berada di dunia ini.

Terima kasih kepada bapa dan mama saya yang selalu sabar dengan saya.
Satu perkara yang saya bersyukur ialah dgn kejajalan sa yg teramat jajal.. durang tidak pernah putus asa terhadap sa, tetap mendoakan sa.. dan sa kira bahawa Tuhan mendengar doa mereka dan sa akhirnya tidak jajal lagi. Haha. Terima kasih untuk adik beradik yang hebat. Abg didu yang sentiasa sabar dengan adiknya yang slalu minta duit ni (dulu la masa di ipg.haha). Kici yg slalu kc pinjam bajunya yg lawa2 dan Earl yg slalu kana suru2 di ruma. haha

Juga saya berterima kasih kepada semua yang pernah menolong saya. Keluarga-keluarga angkat. Kakak2 abang2 adik2 angkat. Semua yang pernah menolong saya. Sa ucapkan terima kasih.

Juga untuk kawan-kawan saya yang setia. Tidak pernah sekalipun meninggalkan saya.
Terima kasih yati,vick.. durang tau kelebihan dan kelemahan sa. Penasihat di IPG. Untuk odet, san yang slalu bagi makanan. utk kak dadung yang slalu tempat sa minta komen asaimen sa dan juga tempat becerita. Untuk Manda, yg sa anggap mcm keluarga sendiri sudah, kawan tempat berkongsi suka dan duka... dan untuk semua kawan2 yang tidak tesebut nama. Saya bersyukur untuk kasih kamu terhadap saya. Sa berharap sa menjadi kawan yang baik untuk kamu...

Saya bersyukur...
pada umur saya 24 tahun ini.. saya memiliki segala yg saya inginkan dan doakan. Saya sudah bekerja sebagai cikgu prasekolah. Syukur Tuhan memberkati saya dengan berkat-berkatNya.

Semoga pada masa akan datang sa akan lebih matang dalam hidup, berjaya dalam apapun yg sa usahakan.. lebih mencintai Tuhan dan mendapat pasangan hidup yang mencintai Tuhan.

Doakan saya.. supaya saya berjalan dengan hikmat yang Tuhan berikan.

Segala pujian hormat hanya bagi Tuhan Yesusku yang luar biasa!

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life