My Journey, Cuti-cuti July.

Hello. Apa kabar cuti-cutimu? haha.

Cuti kali ini saya mansau pigi saana Kudat. Kali ini saya driving dari Ranau ikut jalan Marak-Parak pigi Kota Marudu lepastu sampai Kudat. Perjalanan yang mengambil masa 3 jam. Haha. Dan.. ini juga rekod terbaru sa dapat driving sampai Kudat. Pengalaman ini begitu berharga buat saya. Sebab, setiap peningkatan kebolehan membuat saya gembira. Skema tak ayat? hahahaha.

Hari Pertama | Sabtu.
Sepanjang perjalanan ke Kudat, saya limpas 2 roadblock. Lalu saya dengan yakinnya berhenti pada roadblok pertama dan keluarkan lesen saya dari dompet tetapi tidak diminta oleh pak polisi jadi saya cuma bercerita-cerita dengan pak polisi itu. Lalu apabila saya cek lesen saya, rupanya sudah tamat tempoh. Alamak! . Lalu saya jalan lagi beberapa meter dihadapan, ada lagi satu roadblock. Dan kali ini pak JPJ meminta lesen saya tetapi dia hanya cek alamat saya. Jadi saya pun tanya kepada pak JPJ itu dimana saya boleh renew lesen sebab lesen saya sudah tamat. Lalu Pak JPJ itu cakap oh ko boleh renew bah ni di pejabat pos atau di pejabat JPJ... dan dia tidak tahan saya. Saya percaya Tuhan yang menyertai saya hingga saya selamat sampai ke Kudat pada masa itu dan pak polisi dan pak JPJ pun dapat dilalui dengan aman dan damai.

Pada hari yang sama, pigi jalan-jalan di sana Pantai simpang mangayau dan juga pantai kelambu. Sangat cantik itu pantai. Sempat juga sa lari-lari di sana pantai yanng lawa itu dan juga wajib ambil gambar dan post di instagram bikin kenangan. Haha. Siok dapat menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Haha

Hari Kedua | Ahad.
Hari Ahad hari untuk pigi sembayang. Kali kedua dapat beribadah di SIB Bandar Kudat. Sa sgt diberkati dengan ibadah di sana. Saya dapat rasakan hadirat Tuhan. Dan dapat bersama dengan orang2 yang mengasihi Tuhan. Petang ahad, kami mansau pigi skola Sk. Tiga papan. Pigi lapis meja sigu @ siandut punya. Lepastu balik dan malam mansau pigi Kudat esplanade sebab si TemTem bilang siok, jadi kami pun pigi makan pisang guring disana. Nga memang sedap la kaye.

Hari Ketiga | Isnin
Masa untuk balik Kota Belud. Tapi pigi renew dulu lesen memandu supaya nda disaman di jalan raya. Dalam 2 jam sampai di KB dan singgah di pekan mkn misup KB lepastu minum air yang paling sejuk. Sampai ruma, anty kasi makan durian 1 biji dan sa berjaya kasi habis. Haha. Malam mansau pigi makan misup lagi sama drg Gaban. Enjoy katawa-katawa.

Hari KeEmpat | Selasa
Hari ini sama Andut pigi sana Hosp hantar nenek dia pigi terapi dan sepatutnya pada hari ini saya balik Ranau tapi... tiba-tiba sa rasa sakit sengugut yang paling sakit. Tahap bepeluh sejuk, macam mau pingsan. Skali tingu muka di cermin, pucat suda berabis muka sa. Andut drive balik rumah dan akhirnya sa kodop di lantai bilik. Kadang-kadang rasa sakit tu ok juga supaya kita menghargai masa sihat kita. Tapi sa yakin teda org di dunia ni yg suka sakit.. Sebab rasa sakit tu x siok. Hehe. Syukur ada si Andut utk drive balik dan juga soalan dia balik2 tanya "dari skala 1-10, brapa rasa sakit ko rasa?" Hahaha. Ntah dari mvie mana dia dapat tu soalan. Nda bah. Di Hosp mkn ubat tahan sakit. 2 biji lepastu sampai rumah makan lagi 2 ubat khas untuk sengugut. Masi lagi rasa sakit tapi lama-lama lepas tidur baru ok. Malam pigi mkn KFC di pekan.. kana belanja dan balik terus modops. \

Hari Kelima | Rabu
Akhirnya masa untuk balik Ranau. Setelah beberapa hari mansau. Tapi sebelum balik rumah, jalan-jalan dulu di kundasang sama keluarga andut. Siok pula jalan-jalan pigi desa cattle dan makan di dreamworld. Cuaca yang baik dan gunung jelas kelihatan. Hari yang gumbira, penuh dengan tawa dan selpi/wefie. Lepas enjoy-enjoy di kundasang, baru balik rumah. Skali dalam perjalanan balik rumah, di Lohan sa mengantuk betul drive tapi sa x berenti. Sekali sa tetutup mata skejap dan x sedar stering pi tepi sebelah kiri. Trus sa sedar balik dan kasi bunyi radio baru drive bgus2 balik ruma. Sampai ruma terus modops. Haha.

Maka tamatlah perjalanan suti-suti sa di bulan 7 ini. Sa bersyukur ada peluang untuk jalan-jalan. Sa bersyukur Bapa Mama kasi benar sa mansau. Sa bersyukur Tuhan jaga sa sepanjang perjalanan. Sa bersyukur dapat bertemu dengan orang-orang yang baik hati serta mengasihi Tuhan sehinggakan dimana-mana pun sa berada, sa rasa dikasihi dan diterima. Sa bersyukur dapat jumpa bestfriend sa.
Sa bersyukur untuk semuanya. :)

Hidup ini sementara. Lakukan segala sesuatu dengan gembira. Jalani hidup dengan gembira.

Maapkan bahasa yang sa gunakan. Banyak singkatan, melayu+dusun.
Selamat hari Raya. Tuhan memberkati. :)


Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life