Internship #Julai2016

Haloha. Menulis blog di bilik guru Sk. Merampong Keningau.
13/7/2016. 8.41am. Cuaca : Sajuk-sajuk.

Akhirnya tiba masa untuk berinternship. Selama bertahun-tahun ni tengo senier-senier saja keluar pigi internship. Tapi ni kali sampai giliran. Hehe.

Internship sebulan. Pigi sekolah satu bulan.
Buat apa?? buat....
1) Projek. 2 projek kumpulan, 1 projek individu
2) Mengajar 4 jam seminggu
3) Ambil data untuk tulis Thesis / A.R
4) Buat 3 asaimen

Dalam sebulan perlu buat 4 perkara di atas. Masa akan berlalu sangat cepat.
Jadi sa mesti menikmati setiap saat di sini sekolah. Sebab Tahun depan mau posting suda. Hehe

Selamat berinternship untuk diri ini. Semoga sebulan ini berlalu dengan baik sekali. Amen.


Cerita-cerita. 

Dulu masa sekolah menengah cita-cita sa menjadi seorang polis. Tapi rupanya sa pendek dan tidak layak untuk menjadi polis sa menukar cita-cita untuk jadi guru. Tambahan lagi kazen dan abang sa jadi guru maka akhirnya semakin kuat untuk sa mau jadi guru. Lalu masa sekolah menengah. Sa cek berapa kelayakan untuk masuk IPG. Lalu sa cuba skor kelayakan tersebut. Lalu masa sekolah menengah sa tinggal di asrama. Wajib pakai baju kurung. Jadi sa trep-trep jadi guru dengan pakai nametag masa pakai baju kurung. Haha. Tambahan lagi motto sa masa tu "cita-cita sa adalah untuk dicapai". Haha . Saya bersyukur tinggal 5 bulan sa di IPG dan habis pengajian untuk menjadi seorang sigu. Rencana Tuhan itu indah.. saya tau ini rencana Tuhan dalam hidup saya. Dia buka jalan untuk saya masuk pengajian. Sebab setahu saya, masa temuduga IPG dulu saya sakit selesma dan suara menjadi serak dan sukar untuk bercakap. Tambahan lagi masa temuduga ada sesi kumpulan dan saya hanya dapat bercakap sekali saja. Bila balik rumah, sa katakan kpd ibu saya.. "ma teda harapan la tu". Skali beberapa bulan selepas itu dapat tawaran masuk IPG. Syukur. Tuhan punya rencana, Tuhan melakukan apa yang diluar kemampuan saya sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life