Cerita disebalik Kejayaan jadi Olahragawati. Sukan IPG 2016.

Syukur kepada Tuhan yang baik. Semuanya indah pada waktuNya. Tahun ini saya berjaya dapat gelaran olahragawati. Semuanya bukan kerana saya kuat, bukan juga kerana saya mampu tapi semuanya kerna Tuhan yang memampukan saya. Haleluyah!.


Seumur hidup, saya tidak pernah bermimpi untuk menjadi olahragawati.. sebab masa sekolah rendah, saya bukan atlet yang aktif. Setakat wakil sekolah saja dalam acara lontar peluru dan lompat pagar. Haha. Lepas itu, masa sekolah menengah, saya ikut sukan lontar peluru, lembing dan lari 4x100. Semuanya sekadar ikut dan mewakili rumah sukan. Tidak pernah ada nombor haha. Jadi apabila masuk ke IPG, barulah saya juga melibatkan diri dalam sukan. Sejak PPISMP saya ikut sukan tapi tidaklah terus mendapat emas dalam acara yang saya join. Walaupun begitu saya tetap libatkan diri. Bila ikut lagi sukan tahun seterusya barulah mulai dapat gangsa atau perak. Naik lagi tahun seterusnya barulah dapat perak atau gangsa serta mencipta rekod dalam lontar peluru dan merejam lembing. Pada tahun 2015, saya mendapat emas merejam lembing dan pecah rekod juga mendapat gangsa dalam lontar peluru dan acara yang juga merupakan kegemaran saya iaitu 4x100 M kami mendapat emas, acara 4x400M juga mendapat emas dan berjaya memecahkan rekod lama. Jadi kami memegang rekod baru. Semuanya adalah kenangan yang manis dan pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Pada tahun tersebut, ramai kawan yang mengatakan, bahawa saya ada harapan untuk menjadi olahragawati. Saya tidak pernah memikirkan itu. Tapi apabila ramai rakan yang berkata sedemikian maka timbul di hati saya harapan itu. Tapi akhirnya saya kecewa kerana bukan saya yang mendapat anugerah olahragawati pada tahun lalu. 

Semasa mendapat anugerah Olahragawati pada tahun ini, saya teringat akan situasi pada masa lalu. Kekecewaan saya dan sebagainya. Saya merasakan bahawa rencana Tuhan itu indah pada waktuNya. Dan saya sedar bahawa untuk segala sesuatu ada waktuNya. Saya tersenyum apabila mendapat anugerah ini, semuanya kerna apabila saya menoleh ke belakang mengingat perjalanan saya dalam sukan, saya bukanlah atlet yang selalu wakil sekolah. Saya cuma pelajar biasa yang mempunyai semangat dalam sukan. Cuma pada tahun lalu sahaja saya berjaya melibatkan diri dalam sukan SIPMA iaitu sukan antara institusi pengajian tinggi. Latar belakang saya bukanlah atlet yang hebat. Apa yang saya cuba sampaikan sini ialah, kita mungkin pelajar yang biasa, merasakan kita tidak mempunyai potensi dalam sesuatu bidang itu, tapi apabila kita mencuba dan mencuba lagi akhirnya kita akan mengecapi kejayaan dan merasakan manisnya kejayaan itu. Suatu kata-kata yang saya pegang selama ini ialah "Hard work beat Talent". 

Pada tahun ini, saya mendapat emas dalam lontar peluru, emas dalam acara merejam lembing dan berjaya memecahkan rekod asal., mendapat tempat ketiga dalam acara melempar cakera. Acara berkumpulan pula mendapat emas bagi kedua acara relay iaitu 4x100 dan 4x200. Saya sangat sayang team relay saya. Dari tahun lalu kami mempertahankan kejuaraan kami. Apa yang saya rasakan dalam team kami adalah kami mempunyai perasaan saling percaya dan yang paling penting saling memberi semangat. Semasa larian kami buat yang terbaik dan kami berlari dengan tujuan untuk menang no 1. Ini semua adalah kenangan manis di IPG, akan dikenang suatu masa nanti. 

Rumah sukan korom pula menjuarai sukan tahun ini. Selama beberapa tahun ini sentiasa mengalami kekalahan tapi syukur kerana tahun ini kami juara. Biar kecil tapi menyengat. Saya suka semangat yang ditunjukkan oleh semua rumah sukan ahli korom. 

Saya mendorong kita untuk terus berusaha, mengejar dan melatih diri untuk apa yang kita suka. Kalau kita suka bersukan, kita lakukan dengan bersungguh-sungguh. Biar kalah tapi yang penting kita lakukan yang terbaik dan jangan mudah menyerah. Siapa tahu, jika kita terus melibatkan diri.. kita akan berjaya pada akhirnya. Jika tidak menang pada mulanya, berputus asa bukanlah penyelesaiannya. Cari strategi bagaimana untuk menang dan letakkan matlamat yang ingin dicapai. Motivasi perlu ada setiap hari. Beberapa minggu sebelum sukan, saya menetapkan matlamat pada sekeping kertas, yang saya tulis ialah lontor peluru-emas, lembing-emas, 4x100-emas, 4x400-emas. Saya telah menetapkan matlamat dan berfikir bagaimana untuk mencapai matlamat tersebut. Ini sekadar perkongsian saya apa yang saya lakukan. Saya letakkan kertas tersebut dalam dompet dan saya lihat setiap hari. Walaupun malu dilihat orang saya tetap lakukan itu. Hee. Sebab mempunyai matlamat atau angan-angan itu free. Tidak perlu bayar dan sekalipun tidak berjaya dicapai, its okay. Yang penting kita ada matlamat dan hidup kita tidak berlalu begitu sahaja tanpa kita berbuat apa-apa. Saya bersyukur semua yang saya tetapkan, saya berjaya mendapat semuanya itu. 

Sebelum turun bertanding, jangan lupa berdoa. Bila menang, kita memuji Tuhan bersyukur atas penyertaanNya, bila kalah kita tetap puji Tuhan sebab pasti ada rencanaNya yang indah untuk semua kita. Yang penting kita perlu menjadi lebih baik dari sebelumnya dalam apapun yang kita lakukan. Utamakan Tuhan, bersukan untuk kemuliaan nama Tuhan. 

Akhirnya, lakukanlah segala sesuatu untuk Tuhan. Terus berharap pada Tuhan. Berserulah kepada Tuhan dan Dia akan menunjukkan hal-hal yang luar biasa yang tidak pernah kita ketahui. Kerna apa yang tidak pernah dilihat oleh mata, didengar oleh telinga, dingini oleh hati, semuanya disediakan bagi orang-orang yang berharap padaNya. Haleluyah. 

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life