Hanya sementara. :)

Shallom. Haloha. :)

Semoga kita terus bersyukur kepada Tuhan untuk semua yg Dia berikan dalam hidup kita. Semua kebaikan, dan semua yang kita miliki yang adalah pemberian Tuhan. Semoga kita terus bangga memiliki Tuhan yang hidup, yang mengerti hidup kita bahkan Tuhan yang mencukupkan keperluan kita. 

Semua yang kita miliki adalah sementara dan tidak ada yang kekal.. dan semua yang kita miliki adalah milik Tuhan. Bila-bila masa Tuhan boleh ambil apa yang Dia beri dalam hidup kita, apakah itu keluarga, kawan-kawan, ataupun harta yang kita miliki. Jadi, selama masih kita memiliki mereka di dalam hidup kita maka kita haruslah bersyukur dan selalu berdoa untuk mereka serta melakukan apa yang baik untuk mereka. Apakah yang boleh kita lakukan sekiranya kita kehilangan orang yang dikasihi atau kehilangan sesuatu yang kita berharga buat kita?, kita masih memiliki Yesus yang tidak pernah berubah dan selalu ada untuk kita. Selagi kita masih memiliki Yesus, jangan risau akan apapun, sebab Dia akan menjaga hidup kita. 

Kawan-kawan juga begitu. Keberadaan mereka dalam hidup kita juga adalah sementara. Semuanya mengikut musim yang Tuhan berikan dalam hidup kita. Suatu masa nanti masa untuk bersama sahabat yang sekarang ini akan berkurang kerana masing-masing ada komitmen baru dan Tuhan akan berikan lagi kawan baru dalam musim hidup yang seterusnya iaitu pada fasa bekerja. Saya sedar akan hal ini maka saya memeluk kawan-kawan saya dengan doa saya setiap hari. Doa saya untuk kawan-kawan saya, semoga Tuhan memberikan kekuatan bagi yang sudah bekerja dan juga hikmat untuk yang masih belajar. Begitu juga dengan pemilihan pasangan hidup, saya doakan agar mereka menemui yang Tuhan sediakan untuk mereka. Saya tahu bahawa kawan itu adalah anugerah dari Tuhan. Mereka ada bersama dengan saya dalam masa-masa tertentu dalam hidup saya. Bila-bila masa Tuhan akan ambil mereka dari hidup saya... tapi saya  yakin dimanapun Tuhan akan letakkan mereka, penjagaan Tuhan itu pasti. Saya belajar untuk let go dan let God. Belajar untuk mengalir dalam musim Tuhan. Belajar untuk lebih matang dalam persahabatan. 

Begitu juga dengan keluarga. Ibu Bapa, adik beradik. Saya takut akan kehilangan mereka dalam hidup saya. Saya takut jika ada apa-apa terjadi kepada mereka. Maka oleh itu, tiap hari saya berdoa untuk mereka supaya Tuhan membungkusi mereka dengan darah Yesus. Supaya kemanapun mereka pergi, mereka dijaga oleh Tuhan, dijauhkan dari segala kecelakaan dan juga kecuaian orang lain. Saya bersyukur dilahirkan dalam keluarga yang mengenal Tuhan. Ibu Bapa saya merupakan pendoa bagi kami semua adik beradik. Sehingga setiap kembali ke IPG atau balik ke mana pun, kami akan berdoa dahulu sekeluarga, kami didoakan untuk pelajaran kami, pasangan hidup dan juga kawan-kawan yang kami bergaul. IbuBapa saya sedar bahawa mereka mungkin tidak dapat bersama dengan saya sepanjang perjalanan balik atau semasa di sekolah, tetapi mereka mempercayakan saya kepada Tuhan semesta alam.. yang akan menjaga kami semua adik-beradik dimanapun kami berada.

Dalam hidup ini, apa yang terpenting ialah persekutuan peribadi kita dengan Tuhan. Dunia ini akan lenyap, setiap kita pun akan mati. Dunia ini bukanlah tempat untuk kita. Dunia ini hanya sementara.. dan selama kita masih berada di dalam dunia maka kita juga akan mengalami pelbagai masalah, cobaan dan sebagainya. Maka oleh itu kita menantikan kedatangan Tuhan yang kedua kalinya. Hubungan kita dengan Tuhan adalah yang terpenting kerana apabila kita meninggal, kita tidak dapat membawa suatu apapun yang di dunia ini. Tetapi roh kita yang akan bersama Tuhan. :) 

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life