Cerita Beli Tayar :)

Hidup ini penuh dengan cerita. :)

Cerita hari ini, saya turun pekan dengan tujuan mau tukar tayar kereta.. 
Ni pertama kali sa urus beli tayar kereta dengan duit dalam tangan hanya 210 ringgit.
Sebelum oting petang, sempat sa google perbezaan tayar. hahaha. Ni la namanya perempuan.
Jadi tu tayar belakang yang sebelah kanan mau tebuka bunga, yang sebelah kiri pula berombak-ombak. Sampai masa mau tukar tayar suda. 

Jadi mulanya sa pigi kedai pertama.. semuanya tayar baru saja teda jual tayar second hand. Jadi sa jalan lagi cari kedai tayar lain. 
Sampai di kedai kedua ni, sempat sa katakan kepada Tuhan, "Tuhan tolong sa, sa tidak tau apa-apa pasal tayar ini".lepastu ada tayar yang yang harga 86 tapi tinggal satu. Jadi terpaksa jalan piigi kedai tayar (kedai Ketiga) sebelah tanya kalau ada tayar yang second hand untuk kancil.. drg cakap teda.
Kedai keEmpat lagi, dia cakap ada tayar ori dari thailand harga 96. Jadi sa pun setuju suda. Tapi bila cek rupanya saiz 13 bukan 12. Jadi harga pun 123 satu biji tayar. Wow. kalau kasi kali 2. Jadi Rm246. Duit dalam tangan 210. Terpaksa jalan lagi cari kedai tayar.
Jadi sa pun jalan tanpa arah tujuan.
Nampak kedai tayar lagi (kedai kelima) singgah lagi, dan durang jual tayar original saja. tu pun dalam rm120 satu tayar. Mulai lah sa rasa putus asa dan rasa susah. Dalam hati cakap, susahnya cari tayar sesusah mencari cinta. wahaha.
Lepastu jalan lagi dan singgah 1 kedai tayar, (Kedai keEnam) , semua tayar ori juga 1 biji dalam harga 120 lebih. Dan sa mulai memandu balik ke IPG dan dalam hati saya mengatakan " Tuhan tahu yang terbaik, pasti ada yang lebih baik yang Dia mau bagi saya " jadi saya pun drive balik ke IPG.
Dalam perjalanan balik, saya singgah lagi di satu kedai tayar yang baru dibuka dan baru 15 hari beroperasi. Saya singgah dan akhirnya saya dapat tayar yang berharga 70 lebih satu biji, harga keseluruhan 2 tayar RM153. Dan pada kedai KeTujuh ini barulah saya dapat apa yang saya mau. Duit pun ada lebih. Saya hanya mampu mengucap syukur kerana Tuhan bagi yang terbaik dan itu diluar dari jangkaan saya untuk menadapat tayar yang harga 70 lebih sebiji.

Seringkali kita terpaksa menanti agak lama untuk perkara yang kita ingini dalam hidup kita. Sehingga di tengah penantian itu terkadang kita rasa putus asa dan mulai lemah. Tapi bila kita menyedari bahawa Tuhan tau yang terbaik dalam hidup kita, kita akan dapat melalui fasa penantian itu dengan baik. Sa belajar bahawa,untuk mendapat yang terbaik, memerlukan waktu. Tidak selalunya kita akan terus dapat apa yang kita mau. :) 

Saya bersyukur ada abang yang caring. Sepanjang sa mencari tayar tadi petang, dia sentiasa dapat dihubungi untuk sa tanya apa yang patut saya lakukan. Sa bersyukur sa memiliki abang yang baik, yang peduli akan adik dan bukannya membiarkan dalam kesusahan.  



Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life