Tuhan mengenal nama mu :)

Setiap manusia tidak lari daripada persoalan-persoalan dalam hidup. Persoalan seringkali tidak menyenangkan sebab perasaan kita terganggu seolah-olah inginkan penjelasan secara keseluruhan mengenai persoalan yang kita hadapi. Pagi ini saya merenungkan Firman Tuhan yang terdapat dalam Keluaran 33:11-23.

Teks : Keluaran 33: 11-23
Dalam teks ini, Nabi Musa disuruh Tuhan untuk memimpin bangsa Israel keluar dari tanah Mesir ke tanah kanaan iaitu tanah yang telah dijanjikan. Dalam teks ini juga ada dialog di antara Tuhan dan Musa.

               Saya tertarik dengan ayat 11, dimana Tuhan berbicara dengan Musa seperti sahabat iaitu berhadapan muka. Alangkah indahnya apabila dapat bercakap dengan Tuhan muka dengan muka. Pada zaman ini, kita berdoa dengan iman, bahawa Tuhan mendengarkan doa kita. Walaupun kita tidak melihat Tuhan secara fizikal seperti yang dalam ayat ini, kita percaya dengan iman. 

Pada ayat ke 12. Musa mempersoalkan tentang apa yang diminta oleh Tuhan untuk dia lakukan iaitu membawa bangsa Israel keluar dari Tanah Mesir. 

Musa sedang binggung untuk tugas yang diberikan. Musa tidak tahu apa yang patut dilakukannya dan dia langsung tidak ada idea bagaimana untuk melakukannya. 
Tetapi dia ingat bahwa Tuhan berfirman : Aku mengenal namamu dan juga engkau mendapat kasih karunia di hadapan-Ku.    

Lalu Musa meminta penjelasan.. "Ya kalau betul, saya mendapat kasih karunia di hadapan Tuhan, maka beritahukanlah jalan-Mu kepadaku..... supaya ' aku mengenal Engkau' 'supaya aku tetap mendapat kasih karunia di hadapan-Mu" 
*Musa meminta untuk diperjelaskan lagi tentang rancangan Tuhan ini, sebab dia perlu tahu, agar dia dapat melaksanakannya. 

Tuhan menjawab Musa, "Aku sendiri hendak membimbing engkau dan memberikan ketenteraman kepadamu"   

Lalu Musa Musa menjawab Tuhan lagi, "Jika Engkau sendiri tidak membimbing kami, janganlah suruh kami berangkat dari sini. 

Manusia pada zaman ini juga seringkali menjadi seperti Musa. Apabila Tuhan memberikan suatu tugas pelayanan baru, kita cenderung untuk mempersoalkan bagaimana, apa, dimana, siapa. Tetapi Tuhan mengatakan bahawa Dia akan menyertai kita dan Dia sendiri yang akan membimbing dan memberi ketenteraman kepada kita. 

Tuhan mengenal nama kita dan juga Dia mempunyai rencana yang indah untuk setiap peribadi kita. Semoga kita menjadi seperti Musa yang mau melakukan kehendak Tuhan.. Yang meresponi apa yang Tuhan katakan.

Apabila kita dalam persoalan, kita perlulah berdoa dan meminta Tuhan agar Tuhan memberitahukan jalan-Nya kepada kita. Supaya kita tidak bertindak atas logik akal kita sendiri. Semoga kita juga seperti Musa yang menyedari ketidakmampuan kita di hadapan Tuhan untuk melakukan rencana-Nya sekiranya Dia tidak memimpin kita. 

Tuhan sendirilah yang akan membimbing kita dan memberi ketenteraman dalam hati kita. Jangan risau untuk melangkah bersama Tuhan. Apapun cabaran yang ada, pasti dapat dilalui bersama dengan Tuhan. 


Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life