Kawan :)

Saya bersyukur untuk kawan-kawan yang Tuhan letak dalam hidup saya. Sejak dari kecil hingga sekarang, banyak kawan yang saya jumpa. Macam-macam jenis sudah yang saya jumpa dan kenal. Tetapi, saya bersyukur banyak untuk kawan yang ada bersama dengan saya saat susah dan senang, bantu ketika susah. Kawan macam itu memang susah mau cari. :) 

             Saya bersyukur untuk kawan masa lalu.. terlebih saya bersyukur untuk kawan pada masa-masa sekarang. Yang banyak mendorong saya ketika saya ragu-ragu, ketika lemah dan sebagainya. Saya bersyukur juga untuk kawan yang pergi dari hidup saya, durang telah melaksanakan tanggungjawab durang dalam hidup saya, sama ada untuk menegur, mendidik dan mengasihi peribadi saya. Bila ada kawan yang mau meninggalkan kita, lepaskan. Hidup ini terlalu singkat untuk merayu-rayu. Hidup masih panjang, Tuhan pasti berikan kawan baru yang lebih baik.

               Saya kagum dengan cara Tuhan mau memberikan kawan. Khususnya dalam hidup saya. Kawan-kawan yang Tuhan letak dalam hidup saya mempunyai banyak kisah tersendiri di awal perkenalan. Bersikap terbukalah kerana bila-bila masa saja Tuhan akan beri kawan baru. Kawan yang boleh bantu, dorong khususnya dalam hubungan dengan Tuhan.

               Baru-baru ini saya mendapat mesej (whatsapp) dari kawan. Kawan ini saya kenal pada hujung tahun lalu semasa saya pergi latihan pusat untuk sukan SIPMA di IPG Perlis. Saya cuma kenal dia di FB, dan masa itu dia baru habis konvo di UniMap dan kami be komen2 di FB dan akhirnya malam itu dia tidur di bilik tepat saya dan kawan saya tidur. Kami sempat sharing2 pasal perhubungan dan ada juga hal lain yang dibincangkan. Saya tau pada masa itu, bukanlah satu kebetulan pertemuan itu. Dan mulai hari itu, kami jadi kawan.. dan saya bersyukur kebaikan hati dia, dia bagi saya peluang baca buku dalam Kindle dia. Saya sangat2 happy sebab paling saya suka buku. Iman saya dibangun melalui buku-buku yang ada dalam kindle dia. Lepastu, ohya.. baru-baru ini dia whatsapp, dia kasitau pasal khotbah yang dia baru tengo.. kira macam inilah mesej dia tu " ko sudah tengo ka khotbah terbaru, Elevation church? siok..." . Haha saya gembira dapat mesej macam itu. Berapa ramai orang yang ada kawan macam ini? yang suru tengo khotbah, yang dorong ketika lemah2... Saya ada. :)   
               Kebanyakkan orang mungkin mesej pasal gosip, khabar dan sebagainya, itu perkara biasa. Tapi yang luar biasa itu.. kawan yang suru tengo khotbah, baca buku yang bantu perkembangan hubungan dengan Tuhan. Kawan jenis ini perlu disyukuri banyak-banyak. Sebab durang jarang ditemui pada zaman sekarang. Haha.

              Semakin meningkat dewasa ini, semakin saya sedar bahawa, kita boleh pilih siapa kawan kita, sama siapa kita mau bergaul. Kita boleh let go orang yang kita mau let go mungkin sebab dia menggangu fikiran kita dan tiba saatnya untuk keluarkan dari lingkungan terdekat kita. Bukan ertinya berhenti mengasihi.. tetapi mengasihi dari jauh. Dan.. saya juga belajar bahawa, kita tidak akan dapat ubah kawan kita. Bila dia sudah buat keputusan, kawan pun inda suda dikisahkan itu. Jangan sakiti diri, dengan cuba mengubah kawan. Hanya Tuhan yang dapat ubah peribadi seseorang. Biarlah Tuhan yang punya cara dalam jangka masa Tuhan sendiri. Kita lakukan bahagian kita dan fokus untuk mencapai matlamat hidup. :) 

Jadi.. selamat tinggal kawan yang tidak lagi memberi ketenangan fikiran, selamat menjalani kehidupan, Tuhan memberkati. Selamat datang kepada kawan baru yang ada misi baru semoga terus membentuk saya menjadi individu yang semakin matang.
Semoga diberkati. Ambil yang baik, abaikan yang kurang baik. Makaseh.
                      
            

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life