Jangan takut untuk 'Dream Big"!

Hai. Huhu. Haha. Hihi
Hmm...
Cita-cita? Dari kecil memang ada cita-cita kan sudah.

Sepanjang beberapa minggu ini, saya balik rumah dengan tujuan kasi balik kereta saja. Tapi bila balik IPG, si bapa bilang, bawa saja balik tu kereta. Hmm saya pun inda juga mau menolak lah. Jadi sepanjang berada di rumah, saya sempat merefleksikan diri. Apa yang saya mahu dalam hidup ini. Beberapa tahun kedepan apa yang perlu saya buat. Habis di IPG hujung bulan 11 lepastu mau buat apa. Tahun depan apa yang mau dicapai, 5 tahun akan datang apa yang saya plan, 10 tahun akan datang. Saya tulis di buku saya. Lepastu bila sa terlampau berangan-angan tinggi mula sa lupa pada situasi sa sekarang ini. Haha. Ada exam 1 paper lagi hari khamis.. dan selesailah semester 7. Horay! lepastu ada satu sem lagi dan... habis 5 tahun setengah di sini IPG Kampus Keningau Sabah Malaysia Bumi. Haha.

Hmm. Jadi bila sa pikir punya fikir. Sa tengo khotbah2 di Utube, baca-baca di insta tentang motivasi. Saya sedar bahawa dimana saya pada saat ini hanyalah sementara. Pada masa akan datang saya akan berada di tempat lain. Mungkin juga sambung belajar lagi.. hmm (cita-cita mau sambung master) ataupun saya berada di mana-mana berniaga ais krim. Haha. 

Jadi apa yang saya mau sampaikan sini ialah... jangan takut untuk menetapkan matlamat-matlamat dalam hidup. Letaklah setinggi mungkin. dan.. bila kita mau menetapkan satu matlamat yang mau kita capai, jangan lihat pada kemampuanmu untuk mencapai matlamat tersebut.. tapi lihat sejauhmana anda boleh capai matlamat tersebut bila Tuhan  ada di dalam hidup kita. :)

Siapa anda bergaul pada masa kini juga menentukan pencapaian kita serta peningkatan dalam mencapai impian tersebut. Kalau kita bergaul dengan mereka yang tidak punya sasaran masa depan, kita akan terbiasa dengan falsafah hidup  mereka yang biasa-biasa saja. Tapi bila kita bergaul dengan mereka yang beriman, berfikiran positif, berdaya saing.. dan kamu akan melihat mereka dan mengatakan dalam hati "saya mahu menjadi seperti mereka.. saya mahu berusaha".. Maka dengan itu, pilihlah siapa anda mau bergaul. 

Buku- keminatan saya. Haha. Bacalah buku sebanyak mungkin. Buku untuk mempertingkatkan kemahiran diri untuk memperbanyak pengetahuan. Semakin banyak kita membaca, fikiran kita akan semakin terbuka. Kita juga akan dapat belajar banyak hal, samada daripada kesilapan orang lain atau idea-idea baru. Orang yang membaca dengan orang yang tidak membaca banyak perbezaannya. Mau tau apa? cuba dulu pigi baca banyak2 buku baru tau apa perbezaan itu. Haha. 

Tapi yang ini jangan lupa;-
->sebesar apapun impianmu jika tidak diserahkan kepada Tuhan maka semuanya itu tidak akan sempurna.  Jangan lupa libatkan Tuhan dalam setiap rancangan hidup kita. Doa kan impian kita, supaya biar terjadi seturut kehendak Tuhan. Tugas kita berdoa dan berusaha untuk melakukan yang terbaik. Tapi bila Tuhan katakan 'Tidak" pada beberapa impian kita maka kita perlu percaya Dia sepenuh hati kita. Sebab Tuhan yang nampak gambaran sepenuhnya hidup kita. Jadi Dia tahu apa yang terbaik untuk hidup kita.

Percayalah kepada Tuhan, lakukan yang baik, jauhi kejahatan, biarlah hidup kita tulus di hadapan Tuhan. Hidup kita milik Tuhan. Hidup kita ditebus oleh Tuhan. Oleh itu, 'dream big!' Tuhan bersertamu. Tuhan memberkati hidupmu. Amen!


Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life