Persekutuan di Rumah Lect #160516

Malam ini dapat makanan jasmani dan makanan rohani. :)
Ada persekutuan di rumah cigu Hanifah. Walaupun lain cara sembahyang tapi asal saja nama Yesus yang diagungkan, ditinggikan... persekutuan akan jadi indah. 

Saya sangat diberkati dengan persekutuan. Mulai dari makanan yang sedap! . Lepastu persekutuan untuk sesi sharing. Malam ini kami belajar tentang mendekatkan diri dengan Tuhan. Persekutuan kali ini ada ramai sikit kami sebab ada dari semenanjung. 

Sesi kami dimulai dengan nyanyi lagu dan juga membaca teks yang sudah disediakan.
lepastu akan ada sesi soal jawab..Soalan-soalan akan dibincangkan.

Satu kawan, nama dia Pumpkin. Dia cerita bagaimana dia menjadi seorang kristian. Katanya, dia membesar dijaga oleh nenek dan datuknya. Selepas itu, setiap kali ditanya pasal siapa Tuhannya, dia akan jawab "itu bukan tuhan saya itu tuhan nenek saya".. kerana pada waktu itu dia belum memahami dan mengalami Tuhan. Lalu suatu hari, dia berfikir kenapa perlu sakit lalu dia berseru kepada Tuhan.. lalu Tuhan menjawab dia dan pada saat itu dia menangis dan menangis kerana Tuhan melawat dia. Selepas itu, rasa damai dan sukacita dia rasakan. Walaupun masalah di sekitar belum selesai tetapi rasa damai memenuhi hati dia. Rasa kekosongan dipenuhi dengan damai. Soalan kedua yang dia utarakan ialah "Tuhan kita kaya.. tetapi kenapa saya miskin?" Lalu dia menjawab soalannya sendiri dengan kata2 bahawa.. sebab dia belum memahami Tuhan sepenuhnya. Sekiranya saya menyoal soalan yang sama pada diri saya.. jawapan saya..memang Tuhan kaya.. dan walaupun saya miskin.. kurang wang.. yang pasti Tuhan tidak pernah gagal mencukupkan segala keperluan saya. Dari segi wang, saya mengalami banyak pengalaman, dimana Tuhan mencukupkan keperluan saya. Saya pernah pergi ke satu destinasi dengan wang yang kosong.. tapi saya melihat pekerjaan Tuhan.. Tuhan mencukupkan. 

Pengajaran yang saya dapat lagi hari ini ialah kenalilah Tuhanmu dan milikilah pengalaman peribadi dengan Tuhan supaya apabila orang lain cuba memperkatakan yang tidak betul tentang kepercayaanmu terhadap Tuhan, ko akan cakap bahawa saya tahu Tuhan saya adalah Tuhan yang benar. Sama seperti apabila kita sudah makan sesuatu makanan dan kita rasa bahawa makanan tersebut sedap. Lalu datang orang untuk mengatakan bahawa makanan tersebut tidak sedap. Ko akan cakap "Tidak, makanan ini sangat sedap" dengan yakinnya.. sebab ko sudah rasa makanan tersebut. :) 

Satu lagi kakak lain sharing pasal dia sambung Master. Dia cakap, dia yakin dapat buat Master dengan baik sebab dia berjaya lepas buat ijazah. Tapi bila dia hantar proposal untuk master, objektif kena tendang lepastu dapat gagal lagi. Trus dibilang, kadang-kadang manusia bergantung pada diri sampai lupa sama Tuhan. Lalu dalam keadaan yang tidak mampu, baru sedar bahawa sebenarnya kita memerlukan Tuhan dan kekuatan itu datang dari Tuhan. :)

Saya bersyukur dapat bertumbuh dalam komuniti seperti ini. Sangat indah dapat bercakap tentang Tuhan. Sungguh indah dapat mendengar tentang Tuhan. 

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life