Selesai penilaian PR2 akhir praktikum ! #PraktikumFasa3Done #Januari-April

Syukur kepada Tuhan yang telah menyertai setiap langkah dan detik saat sepanjang menjalani praktikum. Akhirnya tiga bulan praktikum semakin hampir selesai. Tinggal minggu hadapan lagi dan selesai. :) Tidak sedar masa berlalu, 3 bulan yang mulanya terasa lama untuk dihabiskan kini  terasa singkat.

Syukur penilaian berjalan dengan lancar dan A dalam genggaman. Trima kasih Tuhan untuk perkenannan Mu. Trima kasih penyertaanMu hingga sa dapat melewati hari2 yang mencabar sepanjang praktikum. :)

Sungguh Tuhan membuat segala sesuatu indah pada waktuNya. RencanaNya indah dan melebihi akan fikiran dan kehendak manusia. Pada mulanya sa risau untuk praktikum ini kerana mendapat pensyarah yang tegas dan pada semester lalu pensyarah sa ini pernah membuat rakan kami menangis dan mengatakan kata-kata yang kurang baik untuk didengar. Respon saya pada mulanya mendapat tahu bahawa saya di bawah penyeliaan pensyarah tersebut, saya risau dan takut. Sebab semua org di kelas berdoa spya x dapat dia. haha. 

Tapi apa yang sa fikirkan pada mulanya adalah sangat berbeza dengan apa yang sa hadapi sepanjang tiga bulan ni. Dari awal, doa sa... agar sa berkenaan di mata Tuhan, berkenaan di mata pihak sekolah, berkenaan di mata pensyarah pembimbing saya. Sepanjang 3 bulan di bawah penyeliaan lect tu, sa dan rakan sa dilayan dengan baik dan tidak pernah dimarahi. Hanya teguran yang membina... dan penutup pada hari ini, dia memberi kami A untuk subjek major prasekolah untuk praktikum.

Terkadang kita tidak mengerti, kenapa apa yang tidak kita ingin yang berlaku dalam hidup kita. Namun Tuhan punya sebab untuk semuanya itu. Untuk membentuk pribadi kita untuk terus berharap kepada Tuhan dalam setiap situasi yang kita alami. :)

Syukur juga buat penyertaan Tuhan, hingga sa dapat no 2 dalam pertandingan inovasi di IPG kategori individu. Praktikumate sa mendapat no 1 kategori kumpulan. Sa bersyukur kerana mendapat praktikumate yang hebat. Sa banyak belajar dari dia. Walaupun kami berbeza agama, tapi kami saling melengkapi sepanjang praktikum 3 bulan. Sa bersyukur utk org yg tepat, yg Tuhan letakkan dalam hidup sa....

Sa juga mo berdoa untuk semua kwn2 sa jauh atau dekat. Meskipun kawan sa semakin berkurang, sa tetap bersyukur kerana apa yang penting bukanlah kuantiti tapi kualiti. Doa sa agar Tuhan menjauhkan sa daripada rakan yang boleh memjatuhkan hidup sa. Sa mohon agar Tuhan memberikan sa kawan yang selalu memperingatkan sa untuk selalu memikirkan kehendak Tuhan dalam hidup sa.. Sa berdoa spya ada kawan yang tampil beda dan berani untuk menegur kami semua untuk hidup seturut dengan rencana Mu Bapa. :) 

Terima kasih juga untuk mama yang hebat! kmarin mama sa harijadi. Sa pernah melakukan kesalahan yang amat memalukan dan pada saat itu sa hanya berani memberitahu kepada mama sa. Mama sa tidak memulaukan sa tapi tetap berada pada sisi saya sepanjang proses sa untuk berubah daripada jajal kepada baik. Kasih mama sa memberi sa peluang untuk berubah. 

#Syukur!


Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life