Ketidakberdayaan dalam hidup saya :)

Hey!  Haha. Lama ndaa update blog.
Kehidupan makin sibuk. Masa terasa macam nda sukup. Hehe.

Apapun, ni kali sa mau share pasal "rasa ketidakmampuan" atau "ketidakberdayaan"

Dalam hidup kita, pasti ada saja masa2 kita akan mengalami rasa tidak mampu untuk menjalani kehidupan. Contohnya, esok mau kena observe lect, tambah lagi ada asaimen yang lain mau dihantar pada masa yang sama. Jadi pada hari sebelumnya, kita sempat rasa bahawa susah mau menjalani kehidupan. Mungkin juga masalah kewangan lagi menggangu fikiran. Apa yang dimakan pada minggu hadapan kerana elaun belum masuk. hee. Smua ini membebankan fikiran kita menyebabkan kita rasa susah mau melakukan semua yang perlu dilakukan. 

Saya seringkali merasakan ketidakberdayaan ini. dan pada mulanya saya merasakan tidak suka pada perasaan ini kerana ianya menyebabkan saya lemah, tidak dapat menjalani hidup dengan damai sejahtera. Dalam alkitab ada tertulis, kita kuat apabila kita merasakan kita lemah. Kerana Yesus menjadi sumber kekuatan kita, Dialah yang menanggung segala kelemahan dan penyakit kita. Kerana kita ada Yesus di dalam hidup kita, kita akan tetap mempunyai kekuatan untuk melalui hari demi hari dalam kehidupan kita. 

Saya bersyukur untuk perasaan tidak mampu menjalani kehidupan. Itu ertinya saya perlukan Tuhan setiap saat dalam hidup sa sebagai sumber kekuatan. Tuhan pemberi damai sejahtera. Persoalan saya baru-baru ini, kenapa saya tidak merasakan hal ini pada kehidupan saya sebelum lahir baru? sebelum saya bertobat pada sebelum Mac 2012. Saya tidak sensitif pada rasa ketidakberdayaan kerana saya rasa saya mampu menjalani hidup saya dan melakukan helah bela diri dengan melakukan banyak hal yang menyakiti hati Tuhan. Tetapi setelah saya lahir baru, terima Tuhan sebagai juruselamat sa, akhirnya kasih Tuhan itu ada dalam hidup saya.. dan saya hidup hanya kerna anugerah Tuhan. 

Selama saya belum bertobat, Tuhan sangat panjang sabar dan memberi saya ratusan peluang untuk kembali padanya. Saya seringkali berbuat dosa, bertaubat, mengulangi lagi dan mengulang masalah yang sama. Sehingga suatu masa, rasa ketidak berdayaan yang teramat sangat menyerang hidup saya.. pada masa itu saya tersungkur dan Tuhan memungut saya dalam keberdosaan saya. Dia mencuci hidup saya yang kotor. Membalut semua luka di hati sa.. dan menjadi penghibur dalam hidup sa. 

Selepas bertaubat, proses yang dialami untuk pemurnian bukanlah mudah. Sakit dan menyebabkan saya kehilangan kawan2 saya yang menggangu pertumbuhan rohani saya lalu Tuhan memberi orang2 yang tepat muncul dalam hidup saya sebagai penjaga saya. Saya bersyukur untuk banyak orang yang Tuhan sudah letakkan dalam hidup saya dan saya mau terus berdoa supaya Tuhan tidak henti2 menghantar orang yang tepat yang boleh mendidik saya supaya iman saya bertumbuh. 

Pada saat ini, saya hidup dalam anugerah Tuhan. Anugerah yang tidak layak saya terima tetapi Tuhan yang memberikannnya.  Pelbagai kelemahan dan ketidaksempurnaan saya, bahkan masih ada sikap yang tidak baik ada dalam diri saya. Saya berdoa agar di dalam ketidaksempurnaan ini, Tuhan dapat membentuk saya untuk menjadi anak yang selalu taat pada Tuhan.. yang tidak dapat menjalani kehidupan tanpa Tuhan. 

Biarlah pengalaman masa lalu, penyesalan yang berlalu, semuanya itu menjadi pengajaran buat saya. Semoga pada saat-saat ini, masa mendatang, saya semakin hidup dalam kasih Tuhan, tetap bersandar pada Tuhan dan sentiasa mencari wajah Tuhan. Tetapi terlebih daripada semuanya itu, saya ingin menjadi kesayangan Tuhan.. yang Dia selalu ajar, didik dan jauhkan dari segala yang jahat. :)

Tuhan, terima kasih untuk ketidakberdayaan yang ada dalam hidup saya. Saya perlukan Engkau setiap masa, setiap saat dalam hidup saya.. Amen!

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life