Hutang yang tidak dapat saya bayar...

Shallom. :)
Hari ini sa mo sharing pasal hutang.

Sa mo kc bocor rahsia sa dulu. Sa punya sifat dari kecil ialah saya tidak pandai menabung. kalau ada tabung pun sa kc pecah. Bikin beli kurupuk. Apabila sa masuk ke sekolah menengah, saya sering meminjam duit daripada adik saya.. dan hinggalah ke peringkat tinggi iaitu di IPG, sa selalu minta duit daripada abang saya yang sama-sama menuntut di IPG yang sama. Sama Kawan2 pun sa pernah pinjam duit juga...Kelemahan saya adalah pada bahagian pengurusan kewangan.

sampai sekarang pun, saya tetap masi berhutang sama kawan2 tp yang baiknya saya, saya akan ingat hutang saya berapa dan bila sa akan bayar. Bila sa ada duit, perkara pertama yang sa lakukan adalah bayar hutang. Ini pun apabila saya disedarkan dengan nasihat2 daripada ayah saya.

Pada cuti yang lalu,saya lagi dinasihatkan oleh cigu Jaq, dia cakap.. org yang slalu fikir pasal hutang, IQ dia akan jatuh 13 poin ka ntah apa kana panggil tu. Lepastu baru2 lagi sa ada baca pasal buku untuk bebas dari hutang.. apa yang sa ingat daripada tu buku ialah...

"Biarlah tidur berlapar daripada bangun berhutang"
"Kalau sa tidak mampu bayar cash pada waktu itu, ertinya sa x mampu untuk memiliki barang tersebut". (Kereta atau keperluan adalah dkecualikan)
"Ukur baju di badan sendiri"
"Kalau gaja 1000, jangan amalkan gaya hidup sperti orang yang bergaji 1400"..

oleh itu, sa semakin sedar.. semakin belajar.. bahawa penggunaan duit yang berlebihan untuk memenuhi kehendak akan mengakibatkan kesengsaraan. Apa lagi kalau guna kad kredit sampai inda ingat dunia..

Jadi... timbul lah azam sa untuk [misi 2016 : Zero Hutang ] . aah. inilah azam baru sa. Sa cuba kurangkan perbelanjaan. Asingkan duit keperluan dulu kalau ada baki baru guna.. dengan harapan sa tidak akan mempunyai hutang lagi setelah selesai semua dibayar. 

Tapi, tadi petang sa nampak post di FB video pasal pengorbanan ibu bapa yang tidak dapat dikira nilai. Pengajaran daripada vdeo tu dia tulis...

"pengorbanan ibu bapa adalah hutang kita selamannya"
Terus bila sa flashback balik semua pengorbanan yang mama bapa sa lakukan untuk saya.. untuk adik beradik yang lain.. masa tu sa menangis.. sebab sa akhirnya sedar.. tidak semua hutang sa dapat sa bayar... ada hutang sa yang tidak akan dapat sa bayar sebap sa berhutang selamanya terhadap mereka. Sejak dari kecil drg yg jaga. dan.. kehadiran mereka tidak akan dapat digantikan dengan apapun..
dan sa sedar....... bukan sahabat lah yang terpenting, bukan kecanggihan teknologi, sahabat akan pergi meninggalkan kita.. tetapi mereka.. mereka penting. Sebab tiada orang lain yang akan paling mau peduli apabila kt sakit.. org tua lah satu satunya yang akan mengasihi kita dalam semua keadaan kita. Drg walaupun kdg2 kecewa dengan sikap anak.. tapi dorang cepat mengampuni. Sebap kasih mereka lebih banyak daripada kesakitan yang mereka alami sendiri. Drg memilih untuk mengasihi..

lalu.. sa berfikir lagi... dan ada lagi hutang terbesar sa yang tidak mampu sa bayar.. iaitu pengorbanan Tuhan di kayu salib.. menggantikan saya orang yang berdosa. Saya yang melakukan kesalahan dalam hidup ini, saya yg sepatutnya dihukum mati atas dosa saya.. kerana dlm alkitab mengatakan upah dosa adalah maut. Tuhan telah mati, sengsara di kayu salib demi menebus dosa saya dan juga semua orang... sehingga saya memperoleh hidup yang berkelimpahan di dalam Dia. Hutang yang tidak dapat saya bayar. Sampai mati pun tidak akan dapat sa bayar. Tapi doa saya, agar saya dapat menghabiskan perjuangan hidup ini dengan baik hingga ke garis akhir.. supaya pengorbanan Tuhan Yesus tidak sia-sia di kayu salib. Sa mau meghargai anugerah yang Tuhan sudah berikan.


Tuhan terima kasih buat segala sesuatu yang Engakau berikan dalam hidup sa. Ajar sa untuk menggunakan segala berkat yg Kau beri dlm hidup sa dengan baik. Mohon hikmat dan kebijaksanaan dari Tuhan agar sa dpt berjalan dlm ketenangan dalam apapun situasi.
Amen.


Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life