Menjauh dari Tuhan..

Haloha. :)
Dua minggu telah berlalu dengan pantas sekali di tahun 2016 ini. Haha.
mm nampaknya hari-hari yang berlalu adalah hari yang sibuk.. dipenuhi dengan kuliah2..
tapi syukur dalam pembelajaran di IPG Keningau ini ada masa yang khusus @ wajib (kalau 3 kali x dtg, dapat surat amaran) untuk para pelajar. Hari selasa dan Khamis (7.00-8.00malam) adalah masa untuk BIGMORAL atau Bina Insan Guru Moral. Dalam BIGMORAL, rasa macam dalam gereja sebab 1) dimulakan dengan doa 2)ada pujian dan penyembahan 3)sesi sharing dari lect dan pengajaran bible ... Jadi, bagi saya, sa sangat dibangunkan dan diteguhkan dengan adanya program mcm ini.

Hari ini bangun  td pagi, lepastu tidak tau mau buat apa. Pigi ddk di meja.. Sa nampak buku psl doa2, lepastu sa baca smpai abis.. terus sa nampak lagi buku yg sa pinjam di perpustakaan keningau. 
             Tajuk dia pasal relationship with God.. penulis tu buku menceritakan mcamana kehidupan dia dulu yang sangat aktif dalam pelayanan, hidup sederhana tapi mengandalkan Tuhan... hidup bahagia walaupun hidup cukup2 makan saja. Terus apabila dia punya pelayanan berkembang maju dan semakin banyak duit yang dia peroleh, pujian juga datang bertubi2.. akhirnya hamba Tuhan ini mulai menjauh dari Tuhan... tapi pada masa itu dia tidak sedar bahwa hidupnya telah menjauh dari Tuhan. Motif dia melakukan pelayanan bukanlah lagi utk Tuhan tapi kerana telah dibutakan dengan wang yang banyak. Mulai dari saat itu, banyak masalah yang timbul dalam hidupnya,  sikap yang sedarhana berubah menjadi sombong. Hubungan dengan keluarga menjadi renggang dan terjadi banyak pergaduhan. Walaupun terjadinya semua itu, dia tetap tidak menyedari bahawa apa yang dia usahakan adalah sia2 kerana dia membelakangkan Tuhan. Satu perkara yang membuatnya putus asa dalam kehidupan, dimana dia telah sakit.. saluran darah tersumbat dan perlu pemindahan hati.. anaknya yang menderma hati kepadanya hampir mati semasa proses pembedahan. Semasa dia menjalani rehat selepas pembedahan, dia sangat stress, marah2, dan belum lagi sedar bahwa hubungannya dengan Tuhan tidak seperti pada mulanya. Akhirnya dia sangat bosan dan ternampak bible tapi tidak ada perasaan utk membacanya. lalu dia ternampak satu buku yang menarik perhatiannya. Lalu dia membaca buku tersebut dan akhirnya dia disentuh apa yang dikatakan oleh penulis buku. Akhirnya pada malam itu, dia berlutut, menangis.. berdoa dan meminta ampun kepada Tuhan atas semua yg telah dilakukannya. Akhirnya dia merasakan ketenangan dan mulai ada penguasaan diri. 
                Bagi saya secara peribadi, sebagai seorang pelajar.. terkadang sa tidak sedar bahawa sa telah menjauh dari Tuhan.. sa selalu menganggap bahawa sa okay.. tetapi terkadang hakikatnya tidak. Aktiviti2 yang padat di sekolah dan pelbagai tuntutan tugas membuatkan kadang2 sa hilang fokus dan terlupa bahawa ada Tuhan yang menjaga saya yang perlu sa ucapkan terima kasih sentiasa. Apabila sa imbas kembali kehidupan sa semasa sekolah menengah dahulu, setiap awal pagi sa akan membaca alkitab, merenungkannya dan menulis ayat yang sa suka. Berbeza dengan sekarang. Pada awal pagi, bagun.. brdoa dan terus bersiap untuk kuliah. 

         Ada bebrapa cara yang sa usahakan sekarang.. untuk selalu disedarkan dan dibangunkan                       iaitu=
                .1] Setiap hari 1 bab.. 
contohnya sa memilih untuk menghabiskan kitab amsal.. sa akan membaca 1 bab dan menulisnya pada buku, apa yang sa pelajari dalam bab tersebut. 
                 2] membaca buku2 rohani dan mencatat apa yang patut.. 
                 3] tengo khotbah di youtube.. mcm Philip mantofa, Joyce Meyer, Elevation church,
Kita tidak blh bergantung pada khotbah yg kita dengar pada hari ahad saja.. kita juga perlu mengusahakan agar slalu mendidik diri dengan mendengar khotbah2 di Youtube.
                 4] Follow devosi di insta
Sa rajin tengo insta, jd sa ambil peluang ini utk follow devosi. Tapi kebanyakkanya dalam bahasa English la tapi tida apa yg penting faham dan dibangunkan. 
                 5] Rakan rohani
Penting bagi sa untuk memiliki rakan yang dapat membantu dan menasihati sa. Oleh itu, sa berdoa supaya sa dijauhkan dari rakan yg memberi pengaruh buruk dalam hidup sa. 
                 6] Subscribe Blog yang bagus untuk dibaca.. mcm The Praying Woman
Setiap ada post baru, terus masuk pigi emel. Jadi bila buka emel.. akan nampaklah post baru. Terus blh baca. Apa yg sa suka psl blog The Praying Woman.. banyak penulis dan semuanya berkaitan dengan pengalaman dan apa yg drg belajar dari pengalaman itu brdasarkan khdupan. Jd, sa boleh belajar dari pengalaman drg dan dengan harapan sa semakin matang untuk menghadapi ini kehidupan.

Dalam hidup ini ada jatuh bangunnnya. Tapi yang pasti Tuhan akan terus menyertai, asal saja kita mau selalu bergantung pada Tuhan dalam apapun yang kita usahakan. Usahakanlah untuk selalu mendidik diri dalam mempelajari Firman Tuhan agar dapat hikmat dalam menjalani kehidupan sehari-hari. 

Shallom!

#simplegirlwithabigheart
#dreambig


                

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life