Jawapan Doa :D

Haloha..
ini sharing sa pasal jawapan doa yang baru2 sa alami. Haha.

Dalam beberapa hari ini. Sa betul2 kekurangan duit @ Habis. Hahaha.
Jadi,.. hari 2 smpai hari 5, memang kosong dompet. :D . Sa tidak cerita sama kawan2 sebab sa tau, durang pun perlu juga guna duit. hehe. Ada juga sa minta elaun FAMA tapi, di rumah pun kehabisan duit juga sebab banyak yang mau dibayar..lagipun sumber kewangan pun agak terhad. Jadi, sa berserah saja sama Tuhan. Satu hal yang sa syukuri adalah, perasaan tenang yang sa alami, seperti yakin bahawa Tuhan akan memenuhi segala keperluan sa.

Terus sa berdoa supaya Tuhan menolong sa dalam situasi susah ini.
Terus hari pertama sa habis duit..

Seperti biasa pigi cafe awal pagi.. kalau hari2 biasa, terus pigi beli nasi lemak, beli lagi kuui. haha. Tapi ni kali, sa duduk saja di meja cafe sambil tengo2 henpon kunun sambil kawan2 beli makanan. Bila kena tanya.."ko tida membeli?" sa jawab ja indala ni kali. Padahal abis duit. Hahaa.  Sekali masa di kelas, Si yuhuu ckp sa, "Vyon, nah ni nasi lemak.. sa tida dapat kasi habis.." Trus sa ambil, sa makan.. tapi dengan kesedaran bahawa Tuhan bagi sa makanan melalui dia. Tengahari sa minum kopi saja sama ruti. Malam makan megi.

Hari seterusnya lagi, situasi macam biasa.. pigi cafe, ddk2 saja tengo hp, tengo kwn beli makanan.. lepastu jalan pigi kelas. Masa rehat.. si Yati limpas di meja sa, tanya "Vyon, ko x membeli makanan ka ni?.. Ada lagi ka duit ko?. Pura2 lagi sa jawab, ada bah. Nanti tengahari sa pigi beli. Sempat lagi menipu. hehee. Ampun Tuhan...Skali dalam hati sa menangis suda sebab ada juga pula yang peduli sa ini. haha. Lepastu sa tengo la katun Frozen di laptop sa.. skali lagi si Yuhuu panggil sa, "Vyon, ko mo makan? Sa pun tida tahu kenapa sa kenyang sudah".. Aduh, dalam hati sa, terima kasih Tuhan untuk berkat ini. Terus sa makan.

Hari ini pula.. sa tetap berjalan dengan iman bahwa Tuhan mencukupkan dalam segala keadaan. Terus sa tunggu punya tunggu sa kana bagi makanan.. teda makanan sa dapat. Hahaha. Tapi yang sa sedar, sa teda makan apa2 dari pagi sampai petang.. Tuhan bagi sa kekuatan untuk menjalani sehari tanpa makan..cuma minum sedikit air. Sa tidak terlalu lapar. Terus petang jam 5 habis kelas, makan megi di bilik.

Ada beberapa hal yang sa pelajari dari jawapan doa yang sa terima:

1. Tuhan selalu membantu kita melalui orang-orang di sekeliling kita.
2. Tuhan boleh menggerakkan hati orang untuk memberi kepada kita.
3. Kadang-kadang, Tuhan tidak beri apa yang kita minta.. tapi Tuhan bagi kita kekuatan untuk menghadapi situasi susah yang kita alami.

Jadi, sekiranya anda mengalami apapun masalah.. tetaplah tenang dan berjalan dengan iman.. sebab Tuhan kita tidak pernah terlambat.. Dia selalu ON-Time bagi masa yang terbaik bagiNya. Mungkin bagi kita.. ahh Tuhan, Kau lambat menjawab doa saya.. Tapi Tuhan selalu meresponi kita dengan caraNya yang unik dan indah. Pasti indah pada Waktu-Nya.

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life