Syukur Selesai Breakthru’ Camp @ Keningau 2016.

Syukur Selesai Breakthru’ Camp @ Keningau 2016.

Haleluyah! Akhirnya kem selesai. Lama sudah kem ini dirancang tapi Indah pada waktu Tuhan, akhirnya 7-9 oktober 2016 berjaya dilaksanakan. Sa bersyukur sebab sempat melaksanakan kem ini sebelum habis pengajian di IPG. Pengkhotbah ialah Pst Ong dibantu oleh team dari KK.. iaitu Nal,Johny,Chal,Jojo,Caren,IguJaq,Ian,
AntyVal dan uncle RCK. Team ajk daripada IPG pula ialah saya sendiri, Vick, Yati, Brian, Erra, San dan Calven.  

Kem berjalan dengan lancar. Peserta adalah terdiri daripada pelajar kolej vokasional, junior di IPG dan beberapa peserta daripada Sib Bandar Keningau.
Sepanjang kem, sa sangat enjoy bersama dengan team dan juga dgn adik-adik yang ikut peserta. Semoga dalam diri mereka akan terus mempunyai rasa haus dan lapar akan Firman Tuhan dan hadirat Tuhan. Sa percaya bahawa ada sesuatu yang akan mereka alami selepas kem ini. Mereka akan uplevel dalam hidup sebab telah diperbaharui oleh Tuhan.

Sa juga bersyukur sebab mengalami sekali lagi pertemuan dengan Tuhan semasa menyembah Tuhan. Saya melihat Tuhan tersenyum dengan saya dan sa melihat di kepala Tuhan Yesus ada mahkota duri.. dan Dia mengatakan bahawa “it’s Okay” kiranya Tuhan mau kasitau sa bahwa.. Its Okay untuk Dia mengalami smua itu iaitu penderitaan demi untuk saya dan juga manusia lain. Lepastu sa nampak tangan Tuhan ada tanda lubang kesan paku.. dan Tuhan cakap.. “I love you this much”.. Tuhan mengasihi saya hingga Dia mati di kayu salib untuk menebus dosa saya dan smua manusia. Sa dapat rasakan kasih Tuhan yang mengalir dalam hati saya pda saat itu dan sa berkata pada diri saya.. Kasih Tuhan itu cukup buat saya, dan saya hanya perlukan Dia dalam hidup saya.

Semuanya sudah selesai. Tapi sa percaya Roh Tuhan yang tidak terbatas akan terus bekerja di dalam hidup para peserta dan juga kami yang menjadi fasi. Ini hanyalah satu permulaan dan Tuhan yang telah mulakan pekerjaanNya dalam hidup kami akan terus menerus menyertai sehingga selesai.

Terima kasih kepada yang menyumbang dalam kem ini tidak kira dari segi kewangan atau tenaga. Kami tidak dapat membalas semuanya itu, hanya Tuhan yang dapat membalas jerih payah kalian. 

Kenangan Oktober 2016.
Breakthru' Camp @ Keningau



Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life