Bersyukur :)

Sa bersyukur mempunyai kawan yang mau mengejar hadirat Tuhan... yang sanggup mengeluarkan wang semata-mata untuk datang ke KKR guna teksi atau ke Conference walaupun perlu beli tiket kapal terbang, penginapan dan wang belanja. Sa bersyukur kawan saya ada hati untuk belajar Firman Tuhan.. yang selalu mengingatkan sa bahawa "Tuhan Yesus sentiasa ada"...

Sa bersyukur sebab sa tidak sendirian dalam menjalani kehidupan ini. Sa bersyukur sebab masih ada yang mau berkawan dengan sa. Sa sedar sa ni tidak sempurna, banyak kelemahan. Kdang-kadang sa tida dapat terima orang dalam hidup sa. Sa sedar juga, tidak semua dapat terima sa juga. Mungkin orang nampak sa dari luar gembira saja tapi orang yang dekat dengan saya.. yang lihat sa 24jam, baru tau sa bagaimana. Banyak kelemahan. Tapi sa bersyukur, dalam kekurangan ini.. membuatkan sa selalu berseru kepada Tuhan untuk bagi sa kekuatan untuk menjalani hari demi hari dalam ni kehidupan. Memang tidak ada orang yang sempurna, dan sa sedar itu. Jadi sa juga tidak akan menghakimi kehidupan orang lain. Semoga orang lain juga tidak akan menghakimi hidup saya. sebab hanya ada 1 hakim yang layak untuk menghakimi semua orang di dunia ini... iaitu Raja segala raja, Yesus Kristus. 

Sa bersyukur ada kawan yang selalu menantang saya untuk menjadi lebih baik di dalam Tuhan. Sa bersyukur sebab dicabar dari segi perkataan, supaya saya memperbaiki lagi kualiti hidup sa. Dalam amsal ada cakap "besi menajamkan besi, manusia menajamkan sesama. Jadi kita juga perlu kawan sebegini. Yang boleh menegur kita walaupun kenyataannya sakit untuk diterima. Tapi bersyukurlah kita bila ada kawan sebegini. Ertinya mereka mengasihi kita dan mau yang terbaik untuk kita. 

Sa bersyukur juga untuk beberapa kawan sa dimasa lalu sa. Yang sama-sama buat jahat. Sama-sama dalam perbincangan perlakuan kita yang jahat dan berdosa. Yang tidak menyedari pada masa itu, kegembiraan kita sebaliknya menyakitkan  hati Tuhan. Pada masa itu, apa yang kita lakukan semuanya kita ingat inda salah dan normal bagi remaja macam kita. Tapi sa minta maaf.. sebab sa terpaksa delete kamu dari hidup saya. Sebab sa bukanlah saya yg dulu lagi. Fikiran saya, keputusan saya kini milik Tuhan Yesus Kristus. Dia memanggil saya untuk kembali pada rencanaNya. Saya dibebaskan dari kehidupan masa lalu saya.. dan sa minta maaf untuk apa yang sa lakukan ini. Sa menjauhkan diri dari kamu, sa mengambil keputusan untuk meletakkan 1 jarak dengan kamu. Mungkin selama ini kamu tertanya-tanya kenapa. Sa cuba untuk melupakan masa lalu saya dan masa lalu sa bersama kamu juga termasuk sama. Doa saya supaya kamu juga mengalami pertemuan dengan Tuhan dan meninggalkan apa yang menjadi kebanggan kita dulu. :)

Berkat Tuhan itu bukan yang baik-baik saja. Berkat Tuhan juga termasuk semua yang kita alami. Semua yang baik juga semua yang kita anggap tidak baik macam kesakitan dan kekecewaan. Tapi bersyukurlah bila kita kecewa atau sakit sebab Tuhan dekat dengan orang yang bersedih. Tuhan ada bersama kita menjalani hidup setiap masa. Walaupun kita tidak lihat Dia tapi kita boleh percaya pada hati Tuhan yang baik dan yg selalu berbelas kasihan. 

Sa bersyukur sebab menjadi dewasa dalam 1 komuniti yang mencintai Tuhan. Setiap ceramah, teguran dan dorongan membuat sa semakin membangun di dalam iman. Sa terinspirasi dengan cara hidup mereka, cara mereka memberi nasihat kepada saya dan juga kasih yang tidak terbatas. Dari segi kewangan mereka memberi tanpa ragu dan paksa.. sebab hati mereka melebar untuk kerajaan Allah. Sebab mereka menabur dalam hidup anak muda seperti saya. Mereka menjadi contoh yang baik bagaimana seharusnya seorang perempuan menghormati Tuhan, dalam pekerjaan, dalam keluarga dan juga mereka mendidik saya untuk hidup dalam doa.. mendokan orang sakit, mendoakan orang sekeliling. Mereka mengajar bahawa dalam hidup ini.. ada banyak perkara yang perlu diperhatikan dan bukannya hanya mengira kesenangan kita sendiri saja. Mereka mengajar bahawa, hadirat Tuhan yang terpenting dan sa perlu selalu mengejar hadirat Tuhan. Mereka juga mengajar untuk memuridkan orang lain, membawa orang kepada Kristus. Mereka mempercayai saya dan memberi ruang kepada saya untuk bercita-cita tinggi. 

Sa bersyukur sebab hingga pada saat ini, saya masih bernafas....
Kerana begitu besar kasih Allah akan saya.. hingga Dia memberikan Yesus Kristus untuk mati bagi setiap dosa yang sepatutnya saya yang harus dihukum.
Setiap hari sa akan bangun dan berseru kepada Tuhan, mengucap syukur untuk perbuatan Nya yang ajaib. Haleluyah!

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life