Lusa terbang pigi KL (outspread conference)

Hari ini selasa, sibuk-sibuk sudah sa sama si vick pigi minta sain untuk kebenaran pengecualian kuliah untuk hari 4 sebab flight jam 12.30 tengahari.. jadi nda sempat ikut kuliah.. Jadi sepanjang perjalanan dari asrama pigi blok pentadbiran,.. Sa cakap si vick,  "Muka-muka kita juga ni yang selalu minta pengecualian kuliah/ kebenaran untuk keluar pigi pelayanan/ aktiviti".. Macam setiap tahun. Vick bilang, " Iya bah kan. Haha. Yakin saja.

Sa pertama kali naik kapal terbang tahun 2012.. masa itu umur 19 tahun. Itupun sebab ikut pelayanan pigi Sarawak. Kalau bukan ikut pelayanan, entah bila lah dapat naik kapal. Haha. Jadi sa mo share baini, bagaimana Tuhan mulai buka jalan dalam hidup saya untuk keluar dari Sabah untuk terlibat dalam pelayanan.. dan bukan itu sahaja.. Tuhan buka peluang dalam bidang Kokurikulum di Melaka untuk KAGUM 2014, SIPMA 2015  yang bagi saya sendiri.. bila sa tengo peluang tersebut, macam tiada peluang untuk saya sebab banyak lagi pilihan yang lain tapi akhirnya sa salah satu yang dipilih.

Mula-mula pada tahun Mac 2012, sa ikut Transformation Camp. Semasa kem itu, sa mengalami kasih Tuhan dan akhirnya saya sedar hidup ini bukan untuk kesenangan saya saja.. lagipula masa itu saya masih dalam keadaan jajal, dan dalam kem itu saya mengalami Transformasi dalam diri. Hati saya diubah.. daripada suka buat perkara yg tidak bagus.. beralih kepada hati untuk ikut pelayanan, untuk lebih mengenal Tuhan Yesus. Jadi dipendekkan cerita, pada tahun yang sama, sa ikut Trip Misi ke Sarawak untuk kem juga. Jadi sa sangat gembira ada peluang untuk keluar dari Sabah.. naik kapal pigi Sarawak. 

Lepas itu, tidak terhenti di sana.. Macam setiap tahun sa akan ikut trip Misi ke Sarawak dan pernah juga satu kali ke KL untuk ikut School Of Ministry & Survival Camp. Tahun ni, bulan Mei.. sa ikut ke Kanowit ke kawasan pedalaman untuk Tcamp juga. Dan akhirnya hari 4, oct 2016  ini sa dan kawan-kawan akan naik kapal ke KL untuk ikut Outspread Conference. Sa sangat exited untuk ikut ni conference, sebab sa tau.. sa akan belajar banyak tentang Firman Tuhan. Disana juga, kami akan memuji Tuhan berkumpul sama kawan-kawan yg lain. Haleluyah!

Pst Ong selalu cakap, pelayanan memerlukan kewangan.. jadi kalau mau melayani, perlu ada status kewangan yang kukuh.. Jadi sebab itulah perlu belajar bagus-bagus supaya kerja, dan ada wang untuk pergi melayani. Tapi untuk sepanjang tahun2 yang berlalu dan hingga ke tahun ini... kewangan yang sa dan kawan lain guna untuk pelayanan adalah elaun yang kami terima.. ada juga ramai Individu yang menyokong dalam wang, mcm keluarga, Igu Jaq. Pst Ong ajar untuk guna kewangan sendiri untuk pigi pelayanan. Tuhan kita adalah Imanuel. Selalu menyertai kita. Bukan saja menyertai tapi juga mencukupkan dari segi kewangan. Kalau mau kasi tulis pengalaman-pengalaman macamana Tuhan mencukupkan, berlembar-lembar pun inda habis. Tapi pengalaman indah bila kita sendiri merasakan dan melihat bagaimana Tuhan mencukupkan keperluan kita. Tuhan cakap, dimana hartamu berada, disitu hatimu berada. Ke mana kita gunakan kewangan kita menunjukkan dimana hati kita berada atau fokuskan.

Sa mau cerita macamana Tuhan mencukupkan kami, pelajar IPG dri Keningau dan IPG Johor durang si Panus dan geng dia. Mula-mula kami memang mau ikut outspread conference di Subang Jaya. Cuma masalahnya, kewangan.. untuk penginapan hotel 3 hari 2 malam dan transpot. Tambahan lagi kalau kami yang dari sabah perlu beli tiket kapal terbang lagi. Bila fikir-fikir memang tidak akan cukup duit. Sebab tiket 250, yuran 55.. sudah RM300. Elaun kmi sebulan cuma 640. Bayar yuran, tiket tinggal RM335.. Makan untuk 3 minggu di IPG, tambang bas dri IPG ke Pekan, persembahan dan sebagainya. Jadi baki tinggal sikit. Bila ingat perlu tambang pigi KK.. tambang dari airport KL ke Subang Jaya dalam 63 kalau naik teksi. Tapi Tuhan itu kan baik.. Tuhan Imanuel. Akhirnya kami diberitahu.. bayaran untuk (hotel+makan 2 hari+tambang dari hotel ke tempat conference) sudah dibayar oleh pensyarah+gereja di Johor. Wow. Haleluyah!. 

Kini sa faham. Kuncinya.. Katakan YA dulu untuk sesuatu, samada pelayanan atau macam conference. Jangan dulu fikir negatif dengan jumlah wang sedikit  kita miliki. Bila kita sudah katakan YA, kita berdoa.. kasitau Tuhan yg kita perlukan wang.. lepastu IMAN.. Bahawa Tuhan mencukupkan. Lepastu BUMM!, Setel. Tuhan dapat melakukan apa yang tidak terfikirkan oleh fikiran kita. Sebenarnya Tuhan memang tahu situasi kita, kekurangan wang kita, hati kita.. cuma Dia mau tunggu kita untuk buat keputusan.. samada.. kita akan datang sama Dia untuk minta pertolongan ataupun dengan cara lain. 


Sa akhiri cerita petang sa ini dengan ayat daripada Amsal 30:8-9

Jauhkanlah dari padaku kecurangan dan kebohongan.
Jangan berikan kepadaku kemiskinan atau kekayaan.
Biarlah aku menikmati makanan yang menjadi bagianku.

Supaya, kalau aku kenyang, aku tidak menyangkal-Mu
dan berkata: Siapa Tuhan itu?"
Atau, kalau aku miskin, aku mencuri, dan mencemarkan
nama Allahku. 







Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life