Kelemahan < Kekuatan

Beberapa hari ini... sa banyak berfikir tentang kelemahan.. khususnya kelemahan diri saya sendiri lah dan bukan orang lain..

Dan sa sedar bahawa, manusia tidak lari dari kelemahan-kelemahan ini. Ada beberapa kelemahan yang ada dalam diri saya yang sa persoalkan.. yang akhirnya sa menyedari bahawa.. kelemahan yang saya miliki bukanlah untuk sa memberi tekanan kepada diri sa sendiri, bukan alasan untuk sa membenci diri atau tidak menyukai diri..

Kadang-kadang bila sa fikirkan, kelemahan yang sa miliki sebenarnya melindungi sa daripada beberapa perkara yang membahayakan kehidupan saya... dan kelemahan tersebut adalah kecil jika dibandingkan dengan kesan sekiranya sa tidak mempunyai kelemahan itu. Jadi kelemahan bukanlah kelemahan sepenuhnya tetapi kelemahan itu juga penyumbang kepada beberapa kebaikan dalam hidup kita..

Dan bila sa katakan begitu, bukannya memberi sa keselesaan akan kelemahan yang sa ada hingga sa tidak bertindak untuk kelemahan saya itu. Tidak. Sa juga berfikir dan juga dalam masa yang sama berdoa kepada Tuhan supaya memberi saya kekuatan untuk menghadapi hidup sehari-hari walaupun dengan adanya kelemahan tersebut. Pst Steven Furthick mengatakan bahawa kelemahan itu seperti parasit dalam hidup kita... Tidak menguasai keseluruhan hidup kita tapi tetap ada dalam hidup kita. 

Jadi bila kita tau beberapa kelemahan dalam hidup kita, ertinya kita juga mengenali diri kita sebaiknya. Kita sedar apa kelemahan yang ada dalam hidup kita. Salah satu kelemahan yang ada dalam diri sa (banyak lagi yg x disebutkan), sa takut untuk bergaul dengan orang yang pernah menyakiti saya dengan perkataan. Sa akan cuba jauhkan diri dengan harapan bahawa dengan cara itu sa tidak akan disakiti lagi dengan perkataan atau perlakuan beberapa individu dalam hidup saya. Tapi sa mengorbankan yang namanya persahabatan. Sa masih bergumul dalam hal ini dan sa terus berdoa supaya sa terus belajar untuk lebih bersikap terbuka dan mengasihi orang yang menyakiti sa. :)  

Satu hal yang sa belajar juga dalam beberapa hari ini, seringkali kita berteriak dalam permohonan kepada Tuhan untuk menolong kita untuk mengatasi atau meniadakan kelemahan yang ada, yg tidak kita sukai.. dan kita pun berharap agar Tuhan menolong begitu cepat.. secepat kita masak megi 2 minit.. Tapi Tuhan juga memberikan kita pengalaman melalui kelemahan yang ada untuk kita memahami kehidupan, memahami diri kita sendiri dan tahu ada beberapa limitasi dalam hidup kita. Bila kita tahu kita lemah, kita tidak mampu menjalani kehidupan dengan kekuatan sendiri... pada waktu kita rasa kita tidak mampu.. disaat itu, Tuhan datang dan mengatakan "di dalam kelemahanmu.. Kuasa Ku dinyatakan ".. kita tau kita tidak mampu.. tapi bila kita berharap kepada Tuhan dan tiba-tiba kita mampu melakukan, kita tahu bahawa itu adalah kerana Tuhan yang membantu kita semata-mata.. kita mengalami penyertaan Tuhan, Kita melihat Tangan Tuhan bekerja di dalam kita.. 

Jadi, jangan pernah putus asa dengan kelemahan yang ada dalam hidup kita.. memang kelemahan yang ada itu tidak menyenangkan, terkadang membuatkan kita menolak diri kita sendiri tetapi tetaplah hidup di dalam Kasih Karunia yang Tuhan berikan sepanjang dalam proses kita belajar untuk menjalani kehidupan ini. Ada proses yang perlu dilalui.. 

Semoga kita terus kuat, positif dalam menjalani kehidupan ini. Tuhan memberkati kita semua. Amen.






Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life