Tcamp Ngungun Part 2

Hey. Cerita bersambung. Haha.

Jadi ceritanya, perjalanan masuk ke Ngungun perlu menaiki bot dari pekan Kanowit. Jadi bagi saya yang jarang-jarang naik bot memang exited la. Lepastu naik bas ke kampung Ngungun. Sampainya di gereja disana bila cek handphone.. memang tiada line la. Haha jadi sepanjang 6 hari disana memang tiada line. Ada line untuk pengguna celcom tapi kalau macam saya yang guna line maxis.. memang langsung tiada line. Haha. Sampai tidak sedar masa berlalu, hari pun lupa. Haha. Tapi bila tiada line, saya dapat rasa lebih enjoy disana menikmati setiap masa. 

Jadi, sepanjang di sana kami melakukan tugas kami sebagai fasilitator. Tugas kami ialah membersihkan gereja, memimpin lagu, menguruskan peserta. Sebagai fasi perlu ada disiplin sendiri supaya jadi contoh yang baik untuk peserta. Bukan itu sahaja, menjadi fasi perlu sentiasa ready. Apa saja tugas yang diberikan perlu ready. Kalau tidak tahu, cuba buat dan belajar. Bercerita tentang pengalaman saya menjadi fasi Tcamp sejak tahun 2012. Banyak kenangan yang saya dapat. Terlebih dari itu, hidup saya diberkati lewat daripada pelayanan Tcamps ini. Saya dibentuk dan diajar oleh orang-orang yang dewasa dalam rohani.  Saya juga belajar untuk menggunakan wang saya untuk pelayanan.. mengorbankan masa dan tenaga. Walaupun penat tetapi saya sedar bahawa inilah kebahagiaan saya. Kebahgiaan saya apabila dapat melayani dan merasakan hadirat Tuhan, dapat menjadi berkat untuk orang lain. Bak kata cikgu Jaqueline, "Kebahagiaan adalah kesatuan dengan Allah". 

Semasa pelayanan di Ngungun, saya mendapat satu pemahaman bahwa dalam pelayanan ke mana pun kita pergi kita akan setiasa ada keluarga. Seperti pada satu malam, kami melayani di sebuah rumah panjang. Pada malam itu, saya mendoakan seorang ibu. Setelah selesai sesi doa, akan ada sesi jamuan ringan iaitu minum oren dan makan roti. Pada masa itu ibu tersebut melayan saya seperti anak sendiri dan saya dapat merasakan kasih seorang ibu. Jadi kemanapun pergi, saya tahu bahawa saya akan dapat menerima kasih daripada ibu, abang, kakak, adik kerana di dalam Tuhan kita semua adalah bersaudara. 

Setrusnya, semasa pelayanan sekolah minggu. Walaupun last minit pastor beritahu bahawa saya perlu mengajar sekolah minggu. Tetapi bila diberikan tugas, saya perlu melakukannya. Jadi setiap hari saya akan mengajar anak-anak sekolah minggu. Walaupun mereka bercakap dalam bahasa Iban tetapi saya tetap boleh berkomunikasi dengan mereka. Saya mengajar mereka cerita-cerita dalam alkitab. Saya sangat diberkati dengan kesungguhan mereka untuk datang belajar Firman Tuhan.  Malam pun mereka ikut pelayanan ke rumah panjang.. Dan saya sempat memimpin mereka berdoa untuk menerima Tuhan Yesus. Walaupun mereka masih kecil tapi saya doakan agar mereka membesar dengan takut akan Tuhan. Saya percaya benih yang ditabur tidak akan sia-sia. 

Apapun pelayanan kita, marilah kita lakukan dengan hati yang gembira. Kerana Tuhan memberikan kekuatan bagi kita untuk melakukan pekerjaanNya. 

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life