Kebenaran yang memerdekakan.

YOHANES 8 : 32
dan kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu. 

Saya mau sharing pasal devosi pagi saya hari ini. Persoalan yang ada ialah "what is your heart desires?'. Bila saya renungkan persoalan ini dan saya tujukan kepada diri saya. Saya menyedari bahawa yang saya perlukan bukanlah seorang boyfriend pada saat ini atau musim ini sebab saya tidak rasa itu adalah keutamaan saya. Bagi saya yang penting pada musim ini ialah saya fokus pada semester akhir.. di IPG ini. 

Bila saya fikirkan kembali, suatu masa dahulu.. semasa saya sedang bercinta. Saya selalu menangis dan berdoa kepada Tuhan untuk bertanya soalan ini, "Tuhan, adakah lelaki yang sedang saya cintai adalah satu-satunya yang Tuhan ciptakan untuk saya?" Saya mengulangi kesilapan yang sama selama 4 tahun dan Saya tahu Tuhan ada bersama saya sepanjang tahun-tahun tersebut tetapi Dia tidak melakukan keputusanNya sendiri. Semuanya adalah soal pilihan. Oleh kerana saya yang memilih untuk berada dalam situasi tersebut, maka itu adalah kesilapan saya. Tuhan seringkali memperingatkan saya untuk mengutamakan Dia tetapi saya hanya mencari Dia apabila saya ada masalah. Saya bersyukur, di saat keputus asaan hidup saya, Tuhan menghulurkan tanganNya dan memberikan tawaran hidup yang baru di dalam Tuhan. Seringkali sepanjang masa 4 tahun tersebut saya tidak mempercayai bahawa kebenaran dari Tuhan mampu untuk mengubah hidup saya. Saya telah buta dan tidak dapat melihat kemuliaan Tuhan. Tetapi apabila saya mengetahui kebenaran bahawa Tuhan sangat mengasihi saya dan Dia ada rencana yang indah untuk hidup saya, maka saya dimerdekakan dari hidup yang lama kepada hidup yang baru. 

Proses untuk bergerak ke dalam kerajaan Tuhan memerlukan banyak proses. Proses itu menyakitkan.. dan saya rela untuk memilih sakit kerana saya mahu berubah. Berubah untuk mendapatkan ketenangan yang tidak mampu saya miliki dengan diri sendiri. Hanya dengan Yesus, ada damai sejahtera dan ada jaminan keselamatan hidup. Kini saya  mau 5 tahun sudah single.. dan saya gembira sebab sepanjang waktu itu, saya dibentuk dan saya mempunyai masa untuk memperbaiki diri saya dari kesakitan masa lalu.. dan belum bercadang untuk bercinta hinggalah saya berjumpa dengan penemuan jiwa saya. haha

Setiap orang ada pelbagai versi masa lalu. Tapi seburuk apapun masa lalu mu, Tuhan siap menerimamu seperti apa yang Tuhan telah lakukan kepada saya. Sebenarnya semasa kita masih berdosa pun Tuhan tetap menunjukkan kasihNya kepada kita dan Dia sentiasa mengharapkan agar kita kembali ke kehidupan yang telah Dia rancangkan untuk setiap peribadi kita. Tapi kebaikan Tuhan tidak patut kita balas dengan kehidupan yang sembarangan. Kerana kita adalah milik Tuhan, izinkanlah Tuhan berkarya dalam hidup kita, izinkanlah Tuhan mengambil tempatNya di hati kita. 

Jangan sesali semua yang terjadi dimasa lalu, lupakanlah itu, jangan ulangi dan maju terus bersama Bapa di Syurga. Hidup ini sementara, carilah Tuhan, sembahlah Tuhan.  :)

Di dalam Yesus kita adalah manusia ciptaan baru. 

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life