Pelayanan Tcamp Ngungun 2016 Part I .

TRANSFORMATION CAMP atau TCamp. Apakah Tcamp ini?

Tcamp adalah kem untuk muda  mudi. Saya mengalami kasih Tuhan semasa mengikuti kem ini. 
Saya dipulihkan dari masa lalu, dipindahkan dari kerajaan gelap kepada kerajaan terang. Dipendekkan cerita, bulan Jun ada kem di Kanowit. Jadi suda diberitahu kepada semua fasi siapa yang mau join. Jadi pada kem kali ini ada kisah tersendiri. Setiap kem ada perbezaannya sendiri. 

Pada suatu petang, saya berdoa dalam bahasa roh. Lalu bila habis berdoa, kuat di hati saya untuk membeli tiket penerbangan. Lalu saya msj si Nal kawan saya yang mau pergi juga, Lalu cek harga tiket. Jadi harga tiket yang dipaparkan dalam 78 ringgit tetapi bila suda di  tekan next jumlah bertambah menjadi RM530 untuk kos pergi balik. Lalu saya berfikir lagi... dan akhirnya ada Unty Val yang sanggup belikan tiket dan kami bayar ansur-ansur.. Lalu kami pun ada tiket untuk pergi. 

Seminggu sebelum terbang ke Sibu, saya kehabisan duit di rumah. Hingga seringgit pun tidak ada. Lalu sa selalu berdoa.. agar Tuhan yang akan mencukupkan segala keperluan saya. Lalu sebelum ke KK, ibu saya memberi saya rm200. Ibu saya hanya bekerja di sebuah cafe yang gaji hanya 700. Saya terharu dia mau memberikan wang untuk saya pergi melayani. Lalu apabila saya di KK di rumah cg Jaq, dia memberi saya rm150. Bagi saya, wang yang ada ini adalah pemberian dari Tuhan dan bukan milik saya sepenuhnya. Wang yang saya miliki adalah untuk memberkati orang lain. Seperti Manna yang Tuhan beri. Jadi wang yang ada adalah lebih dari cukup untuk sepanjang pelayanan. Semua makan dan minum serta tempat tinggal sudah tersedia.

Saya terinspirasi dengan keluarga Cikgu Petrus dan isterinya cikgu Connie. Semasa cuti mereka dalam pelayanan. Tidak kenal erti penat dan lelah. Semua mereka sediakan. Traspot, makanan, tempat tinggal. Prinsip yang mereka pakai adalah, wang adalah dari Tuhan dan untuk Tuhan. Sebagai sorang bakal guru, saya amat terinspirasi dan ingin melakukan hal yang sama seperti mereka. Melayani Tuhan dengan semua yang mereka miliki. 

bersambung kemudian..........................

update tadi, saya sebenarnya masih perlu membayar 230 baki untuk tiket penerbangan ke Sibu haritu untuk kem ini. Tapi unty val kata, Dia memberkati saya dan saya tidak perlu membayar balik baki yang perlu saya bayar. Haleluyah! Puji Tuhan. Tuhan itu baik dan selamanya baik. Amen,



Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life