Segala sesuatu ada waktunya. :)

Sejak kecil, sa selalu inginkan yang "segera". Sebagai contoh, kalau sa minta bapa sa beli sa basikal mesti sa mau hari itu juga. Sama juga dengan apa juga yang sa minta, sa mesti dapat hari itu juga. Tapi selalunya apabila sa minta, tidak akan sa dapat sebab kewangan masa itu tidak mengizinkan. syukur ada abang yang bijak, slalu no 1 di kelas jadi dia kna kasi hadiah mainan2 macam basikal dn sebagainya jadi bulih jugala pinjam2. 
Sampai bapa saya selalu nasihat sa.. "dalam hidup ini, kita tidak boleh langkah masa".. ertinya... segala sesuatu ada waktunya. Ada waktu yang tepat kita akan dapat apa yang kita mau. Kadang2 apa yang kita mau kita tidak akan dapat pada masa yang kita mau". Antara kami adik beradik, sa rasa sa paling jajal, paling banyak kasi pening kepala bapa mama sa. Sebab sikap sa yang kalau sa mau, mesti sa dapat. Syukur sama Tuhan yang banyak ubah sa punya sikap, sebab sa semakin faham situasi keluarga dan pandai befikir sudah untuk x menyusahkan ibubapa. 
 Sampai umur sa besar begini, kadang2 sa masih lagi begitu. Bila sa pigi ikut kelas muzik dalam fikiran sa mau belajar sekejap saja terus jadi pro baca itu taugeh2.. jadi kejadiannya, mula2 sa pigi belajar piano.. satu bulan saja sa belajar smpai yang ada mau injak2 di bwh tu piano trus sa rasa susah, sa give up.. sa tukar pigi alat muzik drum... itupun sama juga. 1 bulan sja sa belajar terus sa berenti sebab susa mo latihan teda alat sendiri.. lpastu tukar lagi pigi ikut kelas vokal pun 1 bulan juga. Tu lagu yang kena ajar sa tida minat.. iaitu "memory" tajuk tu lagu. sa rasa susah trus sa berenti... trus bila sa fikir balik.. kalaulah sa terus bertahan untuk 1 alat muzik dalam 3 bulan tersebut mesti sa blh2 sudah main piano tingo skor lagu. Pengajaran yang sa belajar dari pengalaman ni ialah "kita x boleh terus mengharapkan hasil yang segera dlm mempelajari sesuatu.. ada proses yang perlu dilalui.. dan kita mesti bertahan dalam proses tersebut.. sebab melalui proses itulah yang membawa kita pada kejayaan pada akhirnya, walaupun menyakitkan atau menyiksa kita sebab kt tida suka tu proses". :) 

Pengkhotbah 3:1
Untuk segala sesuatu ada masanya, untuk apa pun di bawah langit ada waktunya.

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life