Tamattt Praktikum fasa 2 !!

Akhirnyaaa praktikum fasa 2 tamat sudah ceritanya dalam episod hidup sa. Kalau hidup umpama buku maka setiap hari dalam praktikumfasa 2 telah menjadi 1 bab dalam hidup sa. Pastinya semua pengalaman , kenangan dan memori yang tercipta tida sa akan lupakan terutama guru pembimbing cikgu Juriah Sintim yang sangat baik, sabar menjaga kami, sangat prihatin. juga kak Ida, pembantu guru di kelas.. juga kelas sebelah cikgu Fiza, kalau nampak cigu fiza, sa teringat kaka angkat sa nama di si Yen dari tawau.. cg fiza suka nyanyi lagu "jangan jangan..jangan kau datang menghampiri dirikuu" dibilang lagu yang femes sekarang tu.. dan juga kaka azmah, pandai menyanyi. dia mcm mama kami masa di sekolah tu. hahaa.
"Tuhan sa berdoa khusus untuk mereka, supaya Tuhan jaga durang, berkati keluarga durang dan apapun yang mereka usahakan.

 juga utk murid2 yg disayangi::::
 Desmond,Lis,syafik,kiko,kiki,audrey@somporiding,farisha, zalmeey, cheney, Ben, Neil, Iqram, Atilya, Remy, Onell, Celintina, Anas, sasa, zila, ozen, jj, jaren, jerico, Bergita, semoga membesar dengan takut akan Tuhan dan taat pada ibu bapa. All the best. Khidupan mungkin banyak cabaran, tapi cabaran itu yg mematangkan. :)

Pada hari2 pertama sa pigi sekolah, doa sa: Tuhan sa berdoa supaya sa berkenaan@disukai@diterima dengan guru2 disini dan komuniti sekolah. Sepanjang praktikum, teda guru yang jahat sama sa. semuanya bagus2. Sa bersyukur sama Tuhan yang menjaga sa. Syukur yang tidak terhingga.

Masa sambutan perpisahan yang hari 4, sa menangis sebab sa sayang mo kasi tinggal tu sekolah, guru2 bagus, itu murid2 lagi. yang penting, sa rasa ada kasih di sanaa.. ada cinta, sesuai dgn slogan sekolah "dsini ada cinta". cg sylvester yg guru pk kokum cakap, "tida payah lah ko pigi praktikum kalau begitu, terus posting" dibilang masa dia nmpk sa nangis. wahaha. dia  macam bapa kami di sana sudah. untunglaa yang dapat praktikum sana nanti.

bila sudah habis praktikum, baru teringat senier pernah cakap dulu. "siok lagi kuliah dari praktikum".. dulu sa ckp, eh ndalah siok lagi kuliah nda penat. Tapi skrg, sa rasa siok lagi pigi praktikum, dapat bergaul sama komuniti sekolah. dapat belajar banyak perkara yang perlu buat on the spot. yg teda kena ajar di dalam kelas. Tu pengalaman yang penting...bak kata GB@bapa amod, bagus lagi panat, sakit masa buat praktikum daripada nti bila suda posting tida tau apa2..

Teringat ucapan GB masa hari terakhir,dibilang..."apa pun yang jadi, ribut, petir ka apa saja yang jadi, ibu bapa datang skolah pigi menyerang kah.. be yourself, be you. jangan pernah berubah.. biar cigu tetap cigu sampai akhir" haha. makasi GB. sa suka dengar nasihat GB. Sa doakan supaya si GB terus sihat, panjang umur, diberikan hikmat untuk mengurus sekolaah. Amen.


maka tamatlahhhh episod praktikum fasa 2. Pemilihan sukan fasa dua menyambung page kehidupan...

"Meningalkan jejak hati---> apa yang kt lakukan yg membuatkn org lain diberkati. Buat sesuatu yang lain walaupun kecil. tetap dihargai. :)


saya sayanngggg durang semuaa :D
... Tuhan terima kasih untuk kesempatan yg indah itu dalam hidup sa..

*bersambung ke semester depan untuk fasa 3*

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life