Diari 14/9/2015 6.43pm

Minggu akhir praktikum dan rasa sedih mau kasi tinggal sekolah haha. 2 bulan, satu masa yang agak panjang untuk berada di sekolah. Tp sa sangat enjoy di sekolah. Praktikum 2 lagi enjoy daripada praktikum 1 sebab masa praktikum 1 masi lagi proses penyesuaian diri. Fasa 2 ok sikit sebab ada pengalaman dari yang praktikum 1 sudah. RPH pun bulih buat dalam masa yang singkat. Tidur pun ada awal sikit. Kalau fasa1 ada yg pernah 1 jam saja tidur sebab pengurusan masa yang belum sampin. Bila praktikum fasa 2 bulih suda d atur masa. Ni minggu 4 hari saja sekolah.. tapi sa 3 hari saja pigi. Isnin selasa sama Khamis. Jumaat terbang sudah pigi pemilihan di Perlis. wuu. Latihan kurang sebab penat praktikum. Selalu tetidur petang. Asaimen mo hantar lagi hari 4 ni. Assesment hantar lepas cuti. 

Ujung minggu lalu sgt Full aktiviti.. Hari 5 kena obseb pensyarah pembimbing.. bila kenna tegur terus 1 page buku RPH. kihoi. macam mo koturu itu romou tapi tahann jangan tida tahan. Haha. Teguran yang nyata lebih baik daripada kasih yang tersembunyi dibilang yang di amsal. Lepas kena obseb petang tu terus ikut pertandingan main badminton yang abis jam 1 pagi tp tida sia2 la juga sebab menang team kami. Esoknya terus xm olahraga.. ptgnya pigi mandi sungai di saaana ulu sinagang sebab perpisahan sama senier sem8 yang 1 cuc *sedihh. Mlm pada hari yang sama pigi kebaktian KKR di sana kraftangan. Ahad pigi sembayang malam buat RPH sebab mengajar yang niari. Hehehe, 

Minggu ni 14-18... Hari ni mengajar.. esok buat mural, rabu cuti Hari Malaysia tapi ikut PMM di cuc pigi outing.. mandi sungai di Pamilaan. Khamis, mengajar lagi + perpisahan di sekolah.. Jumaat terbangg pigi perlis sampai Selasa baru balik Sabah@rumah.. Sabtu depan ikut borneo Run baru ahad balik keningau/sambayang di bwcc. 

cepat betul itu masa berlalu.. kalau mau kira2 tinggal 1 tahun 2bulan lebih2 lagi sini IPG.. :) sangat indah rencana Tuhan. Bila sa pandang balik pigi belakang, banyak hal yang saya perlu mengucap syukur. Banyak perkara yang sa belajar.. kesilapan pun banyak.. tapi melalui kesilapan yang sa buat, sa belajar untuk tidak ulang lagi. cuba untuk lebih baik dari sebelumnya. 

Kebaikan2 Tuhan, setiap hari sa lihat terjadi dalam hidup sa. Walaupun ada kalanya, sa rasa macam hidup sa tiada erti, macam kosong kadang2,.. tapi bila sa pikir2 balik, tu cuma gangguan dari Iblis yang mau kacau fikiran sa. Sa tau Tuhan sentiasa melihat sa, mendengar sa dan bersama dengan sa di manapun. Dalam kelemahan sa la, sa dapat lihat pertolongan Tuhan. Ketidaksempurnaan hidup membuat sa bergantung sama Tuhan. 
Sa juga tida lupa bersyukur untuk Ibubapa yang tidak pernah putus2 berdoa untuk sa. Sa budak yang jajal sampai pada tahap sekolah menengah, pandai tipu2 ibu bapa dan banyak lagi kejahatan yang sa lakukan. Tapi sa bersyukur, sa berjumpa Tuhan dalam Hadirat Tuhan pada mac 2012, yang mengubah hidup sa. Sehinggakan mulai dari hari tersebut, sa semakin hari diubah.. proses yang sa alami ada yang menyakitkan. Tapi, proses itu perlu dilalui. Sampai pada saat ini, sa jga melalui proses2 dalam hidup sa. Sa akan cuba sukakan proses2 yang Tuhan lakukan dalam hidup sa, sebab sa tau Tuhan pnya rencana yang indah dalam hidup sa, sangat indah.:)

Sekian Diari pada petang ni, mo sambung buat asaimen. haha.

Kejarlah hadirat Tuhan, sebab di dalam hadirat Tuhan, kita mendapat kekuatan baru, yang lemah dkuatkan yang sakit disembuhkan. Haleluyah. 

Comments

Popular posts from this blog

7 Things For You To Know About The Man God Has For You by STEPHAN LABOSSIERE

Rasa macam sakit kopio.

Life